Saturday 23 February 2013

TOLAK PAKATAN HARAM DEMI AKIDAH UMAT ISLAM - ZUL NORDIN !!!



Rakyat perlu menolak pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti jika mereka mahukan akidah serta akhlak umat Islam di negara ini terutama generasi muda terus terpelihara daripada gerakan pluralisme yang cuma disemai pemimpin pakatan itu.


Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin berkata ini kerana PRU-13 merupakan medan penentu soal mempertahankan akidah umat Islam yang berhadapan ancaman pluralisme yang menganjur pendapat bahawa semua agama adalah sama.

"Pendapat inilah yang cuba disemaikan oleh pemimpin pakatan pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berpendirian bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam,," katanya dalam ceramah memperkasakan akidah anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan di Seksyen 9 di sini Jumaat malam.

Zulkifli berkata sungguhpun Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan ketetapan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ketetapan ini diperlekehkan oleh pemimpin pakatan pembangkang yang lain terutamanya Pengerusi DAP Karpal Singh.

Mengenai kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Zulkifli berkata sudah cukuplah rakyat negeri itu diperdaya oleh pakatan pembangkang dengan janji-janji manis semasa PRU-12 yang masih ada yang tidak tertunai sampai kini, sehinggakan ada yang menuntutnya di mahkamah.

Sebagai contoh, katanya mereka menguar-uarkan memberi pendidikan tinggi percuma, tetapi mengapa Selangor negeri yang terkaya di Malaysia tidak memberikan pendidikan percuma kepada penuntut institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mencanang akan membuburkan Dewan Undangan Negeri (DUN)selepas Chap Goh Mei tetapi tidak berbuat demikian sehingga sekarang.

Zulkifli yang juga seorang peguam berkata yang sebenarnya kuasa membubarkan DUN terletak di tangan Sultan Selangor.

Katanya di bawah Perkara 55(2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Sultan boleh menggunakan budi-bicaranya untuk menangguhkan perkenan permintaan daripada Menteri Besar dan Exconya untuk membubarkan DUN. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??