Sunday, 17 February 2013

@NajibRazak TAKUT DONG ZONG ???


Tiada Sebab Untuk Najib Takut Ke Dong Zong...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk kepimpinan negara dalam situasi yang cukup berat.


Berat apabila sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) sedikit tercalar kesan daripada impak Pilihan Raya Umum (PRU) 12 yang lalu.

Namun sebagai ‘orang lama’ dalam politik, Najib dilihat langsung tidak goyah atau patah semangat meneruskan mandat yang terbeban di bahunya.

Di saat kem lawan berterusan menyerang kerajaan yang sedia ada termasuk menyerang beliau secara peribadi, menyerang isterinya, malah lebih dahsyat mengaitkannya dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu,  Najib dilihat masih ‘steady’ mengemudi negara dengan tenang dan penuh bergaya.

‘Peluru’ yang menghujani dirinya dilihat terlalu lemah, jangan kata untuk membunuh, nak mencederakan pun payah !

Di saat hampir setiap hari dan setiap waktu Najib diserang baik melalui ceramah, melalui media alternatif, melalui internet dan segala macam cara, Najib terus melangkah dengan penuh keyakinan tanpa gusar atau sedikit pun rasa gentar.

Walaupun tak sampai satu penggal diberi amanah, pelbagai perubahan dan transformasi yang beliau telah perkenalkan… satu perkara yang cukup menggerunkan lawannya sebenarnya.

Tak payah cerita satu penggallah, tak sampai seminggu jadi PM, beliau telah mengarahkan setiap Menterinya untuk menyediakan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tanggungjawab mereka dengan matlamat agar setiap anggotanya benar-benar menggalas amanah sebagaimana yang dimandatkan oleh rakyat.

Tak cukup dengan itu, Najib umumkan pula KPI enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Dalam UMNO sendiri, Najib bertindak ‘luar biasa’ apabila dengan selambanya meminda perlembagaan parti itu.

Perubahan ini bukan hanya memberi kesan kepada jawatan-jawatan tertinggi parti yang boleh ditandingi, malahan untuk jawatan Presiden yang disandangnya juga apabila ia membabitkan perluasan jumlah perwakilan, penghapusan kuota, pertambahan ahli Majlis Tertinggi, ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan selain penubuhan jawatankuasa pemilihan UMNO, pendaftaran keahlian dan pengiktirafan kepada setiausaha bahagian.

Insaf dengan beban yang ditanggung rakyat, ada saja dasar dan bantuan yang beliau umumkan seperti yang kita tengok dalam Belanjawan Negara yang bermula pada 23 Oktober 2009, dalam pembentangan Bajet 2010 dan bajet-bajet berikutnya.

Antaranya termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), baucer buku untuk para pelajar IPT, bantuan persekolahan RM100 untuk setiap anak, subsidi kepada barang-barang keperluan harian dan pelbagai lagi.

Dan menjelang PRU-13, Najib nampaknya terus bersemangat menjelajah, turun ke akar umbi untuk terus meyakinkan rakyat mengenai hala tujuan perjuangan beliau dan rakan-rakannya dalam BN.

Ia dilakukan walaupun terpaksa masuk ke kubu lawan.

Di Pulau Pinang, pakatan pembangkang bersorak sakan apabila kononnya Najib ditempelak sewaktu menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina.

Bahkan apabila penyanyi Psy tidak bersamanya untuk menggaul yee sang pun dijadikan modal.

Dalam erti kata lain,  benda sekecil semut pun kalau boleh dijadikan modal, akan mereka gunakan asalkan Najib dapat dimalukan dan maruahnya dapat dipijak-pijak semahu-mahunya.

Tetapi ternyata, buatlah apapun, namun untuk mengalah tidak sekali.

Bahkan lagi difitnah, lagi banyak dihina, lagi banyak dikutuk, lagi DAHSYAT Najib melangkah !

Terbaru, Najib setuju untuk hadir ke rumah terbuka anjuran Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong), sesuatu yang tak pernah dibuat oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Ini sekaligus menutup andaian pihak pembangkang selama ini yang mendakwa Najib TAK MUNGKIN atau ‘takut’ untuk ke sana.

Semua orang tahu yang Dong Zong sarat dengan kebencian terhadap BN terutama UMNO namun Najib tidak memperdulikannya.

Ini menyebabkan Anwar dan konco-konconya ‘kelam kabut’ sehingga mereka pun mau ke sana selepas Najib dijadualkan pulang dari sambutan itu.

Mengapa Najib sebegitu berani ke kubu lawannya itu ?

Jawapannya mudah. 

Ini kerana Najib tahu beliau tidak pernah MENGKHIANATI masyarakat Cina selama ini.

Malah, beliau sendiri pernah menarik semula peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 yang memberi kebenaran kepada menteri menukar sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kepada sekolah kebangsaan ketika memegang jawatan Menteri Pelajaran dulu.

Untuk rekod, sejak 2009, sejumlah RM1.2 bilion telah diperuntukkan kerajaan BN kepada sekolah vernakular dan sekolah mubaligh.

Terbaru, Najib telah mengumumkan usaha untuk menyelesaikan isu kekurangan guru sekolah Cina yang telah berlarutan sekian lama.

Pelan lapan perkara yang pada prinsipnya telah dipersetujui oleh kerajaan.

Dua daripada langkah dalam pelan itu — memperkasakan guru besar untuk mengambil guru sementara secara terus dan menggantikan guru dan kaunselor tidak mahir berbahasa Mandarin di sekolah aliran Cina dengan mereka yang fasih berbahasa Mandarin.

Kerajaan telah menerima (pelan lapan perkara) tanpa sebarang pindaan.

Ini menunjukkan keikhlasan kerajaan dalam menyelesaikan isu berlarutan ini.

Lapan perkara itu termasuk usaha untuk meningkatkan jumlah pengambilan pensyarah fasih berbahasa Mandarin untuk mengajar bahasa Cina di institut latihan guru.

Di bawah pelan itu, dari darjah satu hingga empat, diputuskan bahawa guru yang dihantar mengajar di sekolah vernakular perlu fasih sama ada Bahasa Malaysia-Cina atau Bahasa Inggeris-Cina.

Selepas Tahap 2 (darjah empat hingga enam), syarat dwibahasa ini tidak perlu lagi.

Dalam erti kata lain, masalah yang membelenggu sistem pendidikan Cina selama 36 tahun itu telah berjaya diselesaikan oleh Najib dengan begitu bergaya sekali.

Jadi mengapa Najib perlu takut untuk menjadi tetamu Dong Zong ?

Yang sebetulnya bila Najib menjejakkan kaki ke kubu lawan, orang yang paling takut ialah Anwar dan konco-konconya kerana mereka tahu ‘fixed deposit’ mereka selama ini sudah mula tergugat.

Najib tidak sepetah Anwar dalam berpidato, Najib tidak seagresif Anwar dalam menyerang dan membuat fitnah, Najib tidak sehebat Anwar untuk menabur janji manis pada rakyat… tetapi Najib ada cara tersendiri untuk membalas semua ‘pukulan dan serangan’ Ketua Pembangkang itu.

Cakap banyak tak guna… tunggulah PRU-13.

Semua akan terjawab dengan sendirinya, masa itu baru kita tahu siapa sebenarnya Panglima dan siapa sebenarnya Penderhaka ! - mynewshub

1 comment:

  1. Setuju. Rakyat kini makin sedar kenapa Anwar Ibrahim bersungguh sungguh mahu menjatuhkan Najib ...Kerana P.M mempunyai pemikiran luar kotak yg sangat sangat ekstrem!
    Walaupun banyak peruntukan kerajaan utk rakyat tapi jelas kita masih mampu kekalkan pertumbuhan ekonomi. Performance score mmg "A".
    Kem PR kali ini nampaknya semua melopong tunggu berita penting dr HQ. Laporan cyber troopers pun sekadar follow up berita Najib shj (hahaha complain je tau). Lagipun kem Pakatan mmg sedang bercelaru dan lesu hingga tiada sebarang isu dan kata persetujuan terbaru.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??