Tuesday, 26 February 2013

MACAM-MACAM ADA DENGAN PENJUAL KARPET !!! DEEPAK DISIHIR ROSMAH ATAU DISIHIR ANWAR ?!!


Dalam Islam ada sihir, ada penggunaan sihir hitam yang ‘dihantar’ melalui perantara samada perantara zahir atau ghaib. 


Masyarakat Melayu percaya wujudnya ilmu hitam ini dengan panggilan ‘santau’ dan kesan yang amat teruk dipercayai yang terkena santau akan bermula dengan muntah darah dan berakhir dengan maut.

Sihir atau ilmu hitam ini bukan saja dalam masyarakat Melayu sahaja dan bukannya orang Islam sahaja yang mempercayainya. 

Bangsa lain dan agama lain juga percaya dan wujudnya kepercayaan ini bukan setahun dua malah sejak beribu tahun lagi. 

Masyarakat Kristian, Hindu dan Buddha masih percaya bahawa rumah yang mereka diami perlu ‘dipagar’ dari gangguan makhluk halus seawal mereka diami rumah tersebut. 

Orang Islam juga melakukan perkara yang sama, adakan solat hajat dan bacaan Surah Yaasin ketika mula untuk memasuki rumah baru.

Malah penggunaan perantara alam roh dan alam zahiriah yang dikenali sebagai Bomoh dikalangan orang Melayu masih wujud dan masih ‘berbisa’ amalan mereka. 

Bomoh untuk penyakit, bomoh untuk kenakan orang dan juga bomoh untuk mendapatkan sesuatu masih lagi mendapat khidmat masyarakat Malaysia. 

Semua bangsa dan semua agama masih percaya kononnya masih ada manusia yang boleh jadi perantara alam ghaib ini.

Dari peniaga yang inginkan perniagaan mereka laris, ahli politik yang inginkan kedudukan mereka kekal berkuasa, bomoh akan gunakan dan dibayar sihir untuk musnahkan musuh politik dan peniaga ingin hapuskan saingan perniagaan mereka. 

Landasan agama akan diketepikan bila nafsu iblis menguasai diri dan perasaan tamak haloba meresapi jiwa yang rosak.

Mangsa sihir POLITIK terbaru !!! tidak mengenal siapa ;

Deepak, nama yang baru muncul dalam arena politik Malaysia, muncul saat Perhimpunan Agung UMNO di PWTC baru-baru ini dan kemunculannya membawa UMNO huru-hara menjawab isu yang dibawa beliau. 

Walaupun isu yang dibawa Deepak lebih kepada masalah peribadi, masalah perniagaannya, tetapi oleh kerana bersangkut paut dengan pemimpin UMNO Negeri Selangor, Raja Ropeah yang juga Ketua Wanita UMNO Selangor ketika ini maka Deepak pada awalnya cerdik dan bijak melontarkan isu perniagaan atau peribadinya disaat PM Datuk Seri Najib ingin merasmikan Perhimpunan Agung UMNO.

Deepak Jaikishan, peniaga karpet terkenal dilihat cuba melawan arus, bukan saja Raja Ropeah dikaitkan dengan masalah perniagaannya yang dikatakan tidak menjadi malah turut mengaitkan hubungan rapat beliau dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam beberapa urusniaga kontrak membekal dan memasang karpet di bangunan yang ada di Putrajaya.

Kisah serangan bertali arus tanpa jemu Deepak Jaikishan bukan lagi dilihat sebagai cara beliau untuk dapatkan semula wang yang kononnya dilaburkan dalam syarikat yang ada kaitan dengan Raja Ropeah tetapi mula membuka lembaran baru kononnya ‘skandal’ beliau dengan DS Rosmah Mansur yang dikatakan amat rapat dengannya hinggakan Deepak menganggap DS Rosmah sebagai Kakaknya sendiri.

Deepak mendapat liputan khas bukan sahaja dalam akhbar arus perdana tetapi juga mendapat perhatian khas akhbar-akhbar milik Pakatan Rakyat kerana isu yang dibawa Deepak mampu membuat kepimpinan Barisan Nasional bercelaru dalam menjawab setiap isu yang diutarakan oleh beliau walaupun kadang-kadang dilihat oleh penganalisa politik bahawa Deepak tidak konsisten dalam penceritaan isunya sendiri.

Kini, menurut sumber rapat, adik beliau sendiri, Rajesh Jaikishan mendakwa sekarang ini Deepak mula berperangai anih.

Deepak mula bercakap sendirian, mula takut untuk memegang talipon bimbitnya sendiri dan seolah trauma setiap kali mendengar deringan panggilan masuk termasuk dari mana-mana ‘handphone’ yang ada disampingnya. 

Pernah Deepak menengking saudara dan kawan rapatnya sendiri yang datang melawat beliau hanya kerana deringan dari talipon bimbit yang berbunyi.

Tegas sumber, yang paling ketara bila menjelang tengah malam keadaan Deepak mula dilihat seperti beliau bukan lagi dirinya. 

Dari seorang yang sentiasa mementingkan kekemasan berpakaian, Deepak mula suka BERBOGEL dalam rumahnya sendiri atau dalam bilik hotel yang beliau diami. 

Walaupun suhu sejuk bilik berhawa dingin, Deepak tetap akan berbogel dan berjalan mundar mandir berjalan sambil menghisap jari kelingking.

Malah menurut sumber rapat, ahli keluarganya sendiri sudah mula memanggil beberapa bomoh tanpa pengetahuan Deepak sendiri dari pelbagai fahaman agama termasuk bomoh Melayu. 

Jawapan semua bomoh hampir sama, Deepak terkena puaka sihir Melayu ! puaka Orang Asli yang datang khabarnya dari Negeri Sembilan.

Menurut Bomoh Melayu yang dikatakan dibawa khas dari Pantai Timur, sihir yang dikenakan pada Deepak dapat dilihat dengan jelas pada perubahan wajah beliau. 

Tambah Bomoh tersebut kadang-kadang wajah Deepak akan dilihat seolah berseri, cerah dan kadang-kadang kalau diperhatikan di waktu petang akan mula berubah menjadi agak gelap dan wajah akan jadi senget ke kiri walaupun tidak ketara. 

“..Bercakap pun kadang-kadang akan jadi gagap..” tegas bomoh tersebut.

Bomoh yang hanya ingin dikenali sebagai Pok Ya mengakui terpaksa menjalan tugas mengubat Deepak secara rahsia kerana Deepak pasti tidak akan bersetuju dan akan menyangkal keras bahawa beliau telah terkena Ilmu Sihir Hitam yang amat dasyat. 

Menurut Pok Ya lagi, semasa beliau menjalankan upacara pengubatan Ilmu Sihir tersebut, beliau terjumpa tulang temulang kecil yang dipercayai tulang manusia atau tulang babi hutan putih. 

Pok Ya masih belum dapat kepastian tulang mayat apakah itu kerana ianya ambil masa untuk memeriksa secara terperinci.

Lagi... KLIK SINI....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??