Tuesday, 19 February 2013

BANJIR KILAT DI PUCHONG TERUK - NILAI HARTANAH BAKAL MENJUNAM !!!



Ada kawan yang kebetulan pagi tadi ada kerja di sekitar Puchong, kemudian nak balik ke Shah Alam selepas urusan selesai sekitar jam 5 petang. 


On da way dia drive nak balik, hujan turun agak lebat di kawasan Puchong. Entah camana, sekejap sahaja beliau terkandas sebelum nak masuk jalan yang biasa dia lalu di depan IOI Mall Puchong. 

Akibat hujan lebat, banjir kilat telah berlaku di hadapan IOI Mall Puchong mengakibatkan banyak kereta terkandas dan ada yang ditenggelami air. Nak tak nak, dia terpaksa cilok masuk lepak kedai mamak sementara menunggu jalan kembali normal. 

Tadi, teringat kata-kata seorang lagi kawan , katanya dia berpuashati dapat beli property di kawasan Puchong. Beli sekejap, harga akan naik dengan mendadak. 

Tetapi dengan banyak kejadian banjir kilat di kawasan Puchong ni, adakah harga 'properties' di kawasan ini masih akan bernilai? 

Harap pihak berwajib akan menyelesaikan masalah banjir kilat ini dengan segera. 

Sumber : MI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??