Saturday 16 February 2013

DAP BAKAL DIHARAMKAN !!!



Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh memulakan siasatan terhadap DAP apabila parti itu gagal mengemukakan laporan kepada badan itu sehingga semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Beliau berkata parti itu sepatutnya menyerahkan laporan tersebut dalam tempoh 60 hari selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 12 Dis lepas, namun didapati tidak berbuat demikian sehingga tempoh berkenaan berakhir semalam.

"Ini tidak ada bezanya dengan Umno yang dahulu diharamkan, jadi kita akan ikut undang-undang sedia ada.

"Kita tunggu tempoh ia berlalu, semalam dah sampai masanya. ROS akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program Jelajah Anak Malaysia di Stadium Mini Pancarona hari ini.

Hishammuddin berkata isu yang boleh disiasat termasuk berkaitan kesahihan jawatan tertentu dalam parti serta proses pemilihan pemimpin. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??