Tuesday 26 February 2013

DOA K.O. DARI PAS BERJAWAB LAGI !!! ALLAH MAHA BESAR !!!


Sebelum ini, I4TT pernah keluarkan satu artikel bertajuk DOSA ATAS DOA SESAT NIK AJIZ TELAH ALLAH MAKBULKAN !!! (KLIK SINI)


Tidak pun sampai sebulan kebakaran lalu, kini Sekolah Haji Hadi di Rusila,  terbakar lagi kira-kira jam 5 petang ini (Isnin 25 Feb) setelah sebelum ini mengalami kebakaran 8 Februari lalu.

Sewajarnya memberi kesedaran kepada Haji Hadi dan pimpinan Pas supaya insaf jangan terlalu memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik diri dan parti Pas.

Bayangkanlah dalam keadaan hujan lebat di hari ini, kebakaran boleh berlaku di Sekolah Haji Hadi itu... sesuatu petunjuk kepada yang benar-benar beriman, supaya menyedari akan peringatan Allah.

Pihak bomba telah berhempas-pulas memadamkan kebakaran tadi bagi mengelak dari terus merebak.

Kebakaran didapati berlaku pada bahagian dinding dan atap dalam keadaan hujan.

Sebelum ini Haji Hadi pernah mempertahankan kalimah Allah boleh digunakan oleh golongan Kristian, bertentangan sama sekali dengan keputusan para mufti, bahkan Majlis Syura Ulama Pas juga tidak bersetuju dengan pendirian Haji Hadi itu.

Dalam kebakaran pertama, lambang salib tiba-tiba muncul pada tiang yang terbakar itu.

Sebelum ini Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut juga mengalami kebakaran.

Semua ini seharusnya membawa keinsafan dan direnungi oleh pemimpin dan pengikut Pas kerana setiap apa yang berlaku perlu dijadikan pengajaran dan untuk direnungi.

Bila atap stadium di Gong Badak yang sedang dibaiki jatuh baru-baru ini, macam-macam puak-juak Pas mengata, tetapi apa ulasan mereka pula bila Sekolah Hadi di Rusila terbakar buat kali kedua ini ? 

Terbakar ketika dalam suasana hujan….

Sumber : Terengganu Today


3 comments:

  1. "Dan apa jua yg menimpa kamu dari sesuatu bencana, mk ia adalah disebabkan dari perbuatan kamu (dari kesalahan dan dosa), sedang Dia memaafkan kebanyakan yg lain." As Syura 30.
    "Dan sesungguhnya Kami merasakan kpd mrk sebhgn azab yg dekat (di dunia) sebelum azab yg lebih besar (di akhirat), mudah mudahan mrk kembali (ke jln kebenaran)." As Sajdah 21

    ReplyDelete
  2. bala kian menimpa pemimpin2 hamPAS takkala membenarkan kristian menggunakan perkataan ALLAH dalam bible...

    ReplyDelete
  3. org Umno bakar kot....
    org PAS kan ahli syurga..?
    mana mngkin Allah turunkan bala...
    Puak2 jumud ni mana bule berfikir dgn waras lgi dahhh..
    nasib baik aku awal2 tinggalkan PAS...
    klu tak, aku pun sama JUMUD...PAS aja yg betul,org sume salahhh....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??