Sunday, 24 February 2013

2 PEMIMPIN PAS BEREBUT KERUSI DUN PAKA !!!


felda ganu

Dalam kemelut peneroka FELDA ini yang ditipu oleh PAS Terengganu yang mana ketika penipuan berlaku, PAS adalah pemerintah di Terengganu.


Yang menjadi tanda tanya kepada penulis adalah, dimanakah kelibat Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK ?

Bukankah Mazlan antara dari kem pembangkang yang amat gemar memasuki kawasan FELDA untuk menyibuk dan menghasut kononnya atas matlamat memperjuangkan warga FELDA biarpun seluruh warga FELDA tidak restui kewujudannya di tanah FELDA.

Dalam isu FGVH, Mazlan cuba berlagak hero kononnya untuk membela nasib peneroka yang dikatakan telah ‘ditipu’ FELDA.

Bermacam-macam fakta dibelit dan di’auta’kan demi meraih kepercayaan warga FELDA sekaligus untuk kepentingan politiknya dan juga PAS.

Kalau FELDA ni nak menipu peneroka, tak perlulah dari awal Tanah Rancangan diwujudkan, tidak perlulah DEB didasarkan, dan tidak perlulah FELDA dikorporatkan.

Tak gitu ?

Dari pendedahan terbaru ini, apa yang penulis nampak adalah PAS (pembangkang) yang sebenarnya ‘kaki menipu’.

Jika Mazlan benar-benar ‘anak jantan’, apakata turun dan juarai isu 1080 peneroka yang ditipu PAS Terengganu ini, ada berani ?

Apakah Mazlan takut hilang jawatan dalam PAS dan isu ini tidak menguntungkan pembangkang dan PAS ?

Ye lah, Mazlan adalah ‘orang kuat’ PAS dan manalah Mazlan boleh khianati parti, jadi dia ‘persetankan’ sahaja nasib peneroka bila ianya tidak menguntungkan karier politiknya.

Bukankah Mazlan sentiasa kalah dalam setiap PRU dan tidak mahukah Mazlan mencabar ADUN Paka, untung sabut Mazlan boleh menang di Paka pula.

Untuk rekod, Mazlan pernah terlibat di pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008.

Dalam setiap PRU Mazlan tidak pernah menang walau dimana pun kerusi dia ‘merempat’.

Jadi, penulis sarankan agar Mazlan pergi ke Terengganu dan bela lah nasib peneroka yang kena tipu oleh YB DUN Paka (PAS) ni, untung-untung boleh lah Mazlan cabar kedudukan Satiful Bahri.

PRU-13 bolehlah Mazlan bertanding di DUN Paka pula.

Seluruh warga FELDA kini menanti reaksi Mazlan dan ANAKnya dan ingatlah, warga FELDA bukannya ‘bodoh’ yang hanya mengangguk sahaja bila ditipu kem pembangkang !

Cerita penuh... BACA DISINI...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??