Saturday, 23 February 2013

LAGI !!! 100 AHLI PAS KELUAR PARTI !!!



Seramai 100 ahli PAS dari beberapa buah cawangan sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Tahan di sini bertindak keluar parti itu Jumaat.


Jurucakap kumpulan itu, Mohamad Rosdi Hussin berkata mereka mengambil tindakan sedemikian setelah mendapati perjuangan PAS kini jauh tersasar daripada perjuangan asal selain pemimpinnya gagal menunaikan janji sebagaimana yang dibuat ketika mereka dipelawa menyertai parti itu.

"Tindakan kami keluar PAS bukan atas desakan sesiapa, tetapi atas kesedaran sendiri dan memikirkan bahawa PAS tidak memberi apa-apa pembelaan kepada kami," katanya.

Menurutnya ada lagi di kalangan ahli PAS dijangka bertindak keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.

Mohamad Rosdi berkata kesemua mereka bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sebaliknya menjadi ahli Kelab Warisan Anak Tembeling (Kawat), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan penduduk terutama di Hulu Tembeling. - Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??