Thursday 21 February 2013

GILIRAN ROZALI ISMAIL HEMPOK KEPALA HOTAK DUNGU KHALID GAGAP !!!


Syabas - MB Selangor

Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Puncak Niaga Holdings Bhd. (PNHB), Tan Sri Rozali Ismail membidas Menteri Besar Selangor kerana didakwa memberi tekanan kepada syarikat konsesi terbabit supaya menerima tawaran kerajaan negeri Selangor.


Rozali berkata, Abdul Khalid Ibrahim membuat tekanan itu dengan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan etika pengurusan korporat semalam apabila mendakwa kononnya jika syarikat konsesi terbabit menolak tawaran itu bermakna telah menolak tawaran rakyat Selangor.

“Sebagai seorang bekas tokoh korporat, Menteri Besar Selangor sepatutnya lebih memahami bagaimana sesebuah syarikat terutama syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham beroperasi.

“Mengeluarkan kenyataan demikian memberikan gambaran beliau langsung tidak memahami bagaimana sesebuah entiti perniagaan berstatus syarikat terbitan awam beroperasi dan tidak memperakui perkara-perkara yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi.

“Mengaitkan tawaran tersebut sebagai tawaran rakyat dan menolaknya sebagai menolak tawaran rakyat Selangor adalah kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar sama sekali malah berbau politik,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Abdul Khalid semalam mengumumkan kerajaan Selangor mengemukakan tawaran bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi perkhidmatan bekalan air di negeri itu bagi memulakan proses pengambilalihan sebagaimana dirancangkan sebelum ini.

Beliau dipetik sebagai berkata, tawaran itu akan dibuat melalui anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB) kepada Syabas, Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB), Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding Sdn. Bhd. (Splash).

Mengulas lanjut perkara berkenaan, Rozali berkata, kenyataan Abdul Khalid mengenai rakyat Selangor itu juga tidak wajar kerana majoriti 'stakeholders' PNHB dan Syabas adalah rakyat Selangor dan pemegang saham minoriti PNHB yang menyumbang 58.75 peratus saham terbitannya juga majoritinya rakyat Selangor.

Selain itu, katanya, kakitangan Syabas dan PNHB juga majoriti rakyat Selangor malah pelanggan Syabas berjumlah lebih 7 juta orang juga majoritinya rakyat Selangor.

Beliau pada masa sama membidas Menteri Besar Selangor kerana mengugut syarikat konsesi terbabit dengan mendakwa tawaran kerajaan Selangor itu mesti diterima dengan memberi gambaran seolah-olah ia adalah keperluan dibawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Jelas beliau, tafsiran akta itu sebenarnya mengusulkan penghijrahan ke regim perlesenan syarikat terlibat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan bukan seperti dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor.

Dalam pada itu, kata beliau, faktor keuntungan bukan matlamat utama dalam industri perkhidmatan utiliti khususnya air tetapi lebih kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

Justeru, katanya, tiada guna menyerahkan industri itu kepada kerajaan negeri yang akhirnya nanti pengguna menerima perkhidmatan yang jauh lebih rendah dari yang telah diberikan oleh syarikat konsesi seperti yang terjadi sebelum penswastaan industri bekalan air di Selangor dilaksanakan.

Rozali dalam kenyataan sama bagaimanapun mengesahkan telah menerima surat daripada pihak KDEB bagi pihak kerajaan Selangor berkaitan tawaran pengambilalihan Syabas dan PNSB pada 20 Februari lalu.

Menurutnya, PNHB akan meneliti tawaran tersebut dengan membuat kajian menyeluruh dan terperinci mengikut semua prosedur syarikat sebelum membuat sebarang keputusan termasuk mendapatkan pandangan dan kelulusan ahli lembaga pengarah, pemegang saham minoriti, pihak berkepentingan seperti institusi kewangan dan lain-lain instrument jaminan serta badan berkuasa.

Jelasnya, pihaknya juga perlu mendapatkan pandangan daripada Kerajaan Persekutuan selaku pemegang saham emas dalam Syabas serta perlu menentukan sebarang perkara yang kurang jelas dalam surat tersebut sekiranya ada sebelum membuat keputusan berhubung tawaran berkenaan. – mynewshub


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??