Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu 'sakit perut'.
Malah, beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu.
"Semalam beliau masuk hospital, ada sakit perut sikit, saya tidak pasti (jika Nik Abdul Aziz sudah keluar hospital), semalam itu ya, saya tidak pastilah sekarang," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Ashmad Yacob.
Nik Aziz sebelum ini dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan berikutan umurnya yang sudah mencecah 82 tahun.
Walaupun banyak pihak meminta Nik Aziz supaya berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, beliau tetap tidak mengendahkan permintaan tersebut.
Nik Aziz sebaliknya dalam kenyataannya sebelum ini berkeras akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana berpendapat ahli-ahli PAS masih memerlukan khidmatnya.
Beliau pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melakukannya, namun setelah Dr. Mahathir berbuat demikian sejak 10 tahun lalu, Nik Abdul Aziz masih kekal di tampuk kepemimpinannya.
[ SUMBER ]
Dah tua nak mampos pun masih tak sedar diri.
Hidup pun dipimpin walau nak masuk jamban, lagi nak "memimpin" orang ke ???
Udah-udah ler tu, kubur dah gamit-gamit je tu, rumah pun dah meluat tengok...
Dengan segala perbuatan mungkar Nik Ajiz, yakin ke dia masuk syurga ???
Aku pernah tanya dengan puak PAS ni, malah mereka terus terdiam tak berani nak jamin yang Nik Ajiz ni masuk syurga kalau mati !!!
Macam mana pula Nik Ajiz nak jamin penganutnya masuk syurga kalau penganutnya sendiri pun tak pasti yang Nik Ajiz ni masuk syurga !!!
Buka la minda, Nik Ajiz ni cuma manusia biasa langsung tak maksum pun.
Cuma bekas cikgu Tabika KEMAS je pun...!!!
Berkat doa pecah perut tuu. Ni masuk wad hospital PAS ke?
ReplyDeleteBerundur lah segera. Umur dipanjangkan mungkin Alloh beri peluang last call untuk manusia tu bertaubat sesungguhnya dan meninggalkan terus apa2 yg menjadikan dosa terutama oleh "lidah" sendiri ... Waulahualam...
ReplyDelete