Wednesday, 20 March 2013

TERKINI LAHAD DATU - BLOGGER AAKJ MENANGIS MEMASUKI KAWASAN GROUND-ZERO !!!


Salam semua.

Aku mengharapkan doa tulus dari seluruh rakyat Malaysia agar semua perajurit kita, semua petugas media dan semua penduduk yang berada di kawasan Lahad Datu dan Semporna agar sentiasa dilindungi oleh Ilahi.


Antara orang yang amat rapat dengan aku yang kini sedang merisikokan nyawanya di medan peperangan natijah dari pencerobohan pengganas dari syaitan kiram untuk memberikan liputan dan berita ekslusif disana adalah blogger AAKJ.

AAKJ menceritakan detik pilu dan sedih dan aku yakin pasti hatinya sedang berlinangan air mata ketika menceritakan semula detik-detik beliau ketika memasuki kawasan ground-zero (warzone) di Semporna sama seperti luluhnya menceritakan detik-detik ketika beliau mengunjungi lokasi ground-zero pertama di Tanduo yang mengorbankan 2 anggota PDRM kita pada serangan pertama.

Malam semalam sekali lagi AAKJ turun ke ground-zero di Semporna melihat sendiri dan meninjau kawasan dimana 6 anggota PDRM gugur syuhada yang mana mayat para Syuhada ini diperlakukan dengan kejam (sembelih, dilapah, dikorek kornea mata, dikerat dan sebagainya).

Kali ini AAKJ bertemu "hero kampung" yang membelasah pengganas hingga mati tempoh hari.

Suka untuk aku kongsikan dengan korang semua pengalaman AAKJ.

Tak pernah kita sangka, tak pernah siapa pun jangka malah tak terlintas pun di hati kita bahawa satu hari nanti berlakunya tragedi pencerobohan manusia iblis di tanah berdaulat kita..

Kata ulama.. setiap yang berlaku di atas muka bumi ini ada hikmahnya walaupun di mata kasar ianya berlaku musibah yang tak pernah kita bayangkan. 

Allah mengatur seluruh alam ini.. Allah yang izinkan semua terjadi ada sebabnya.. ada hikmahnya...

Aakj berpeluang datang ke Semporna buat pertama kali dalam hidup.. dah lama dengar istimewanya tempat ini dengan makanan dan pemandangan laut yang menyejukkan mata.. kebaikan orang di sini juga pernah aakj dengar.. sikap bantu membantu antara mereka aakj juga dengar.. kini aakj sampai ke sini akhirnya bukan untuk menikmati alam ciptaan Allah yang Esa..

Namun datangnya aakj di sini kerana rasa tanggung jawab sebagai penyampai maklumat bagi pihak Kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia.. datang atas jemputan sahabat dari negeri di bawah Bayu ini...

Aakj tidak ada ketika hari tragedi berdarah yang mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita.. aakj bukanlah wartawan mewakili akhbar-akhbar utama.. malah jauh sekali mewakili stesen TV utama Malaysia.. aakj datang atas rasa tanggungjawab untik melihat sendiri bagaimana keadaan Lahad Datu dan Semporna. 

Datang dengan jemputan sahabat dari Sabah.

Masa aakj di Semporna amat terhad namun kerjasama pihak polis dalam memberi kenyataan tentang tragedi ini amat aakj hargai.. mereka layan media dengan adil.. mereka bercerita dengan media apa yang terjadi tanpa mengira apa jenis media itu. 



Aakj hanya penulis blog bilis.. dan ini pun mereka layan.

Kebetulan aakj tiba di Semporna hendak berjumpa OCPD Francis Abdullah sekadar ingin mendapatkan sedikit cerita dan meresapi perasaan mereka yang menjadi benteng utama di sini dari apa juga masalah jenayah.

Langkah aakj alhamdulillah langkah kanan, tiba saja di balai Polis Semporna, OCPD Francis Abdullah mengajak aakj bersama dalam program anjuran Jabatan Penerangan bersama Polis Semporna.

Program OPS Penerangan Keselamatan kepada penduduk yang terlibat dengan tragedi ini dan penduduk yang bersempadan dengan tempat kejadian. 

OCPD memberi taklimat kedudukan semasa tahap keselamatan dan apa yang pihak polis Semporna buat untuk menyakinkan penduduk agar mereka boleh menjalani kehidupan seperti biasa tanpa gusar.

Pihak Polis Semporna juga menyeru agar penduduk turut sama membantu polis dalam menyalurkan maklumat terkini kiranya ada terlihat pengganas yang masih meminta makanan dan tempat persembunyian.

Pihak Jabatan Penerangan pula memberi kaunseling agar trauma yang di lalui oleh penduduk yang terlibat reda dengan kadar segera.

Mulanya aakj hanya mengikut saja program ini tetapi tersentak bila mendengar ucapan dari Tuan OCPD bahawa inilah kampung tempat berlakunya tragedi penduduk menumpaskan seorang pengganas yang cuba berlagak samseng.. berlagak ganas.. akhirnya pengganas anjing Kiram III gugur kaku menjadi mayat kalah di tangan penduduk yang pada mulanya menjadi tawanan beliau.

Anjing Kiram III ini datang seorang diri.. mengetuk setiap buah rumah yang ada dan mengumpulkan mereka di masjid Al Hidaya Sarari, masjid Kampung Sinalang Lama.. lagak Rambo datang menyerbu dan cuba tunjukkan muka yang ganas supaya orang kampung takut akhirnya memakan diri.. penduduk Sinalang Lama bukan kayu buruk.. kena hempuk sekali terus konyol.. gugur.. mati seperti katak kena lenyek dengan roda lori balak !

Lagi sorotan kisah benar dari penduduk dan bagaimana seorang "IMAM" boleh menjadi pengganas yang akhirnya dibunuh oleh penduduk kampung... dan banyak lagi gambar dari sana... BACA SINI...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??