Thursday, 21 March 2013

LAHAD DATU - SYAITAN BAHALOL KIRAM ISYTIHAR ANGKUT GORILA PERANG DENGAN MALAYSIA !!!


GorillaGroup

“Kecut perut” saya apabila Jamalul Kiram yang sudah uzur sakit buah pinggang di Filipina mengisytiharkan perang gerila terhadap Malaysia setelah pencerobohan pengikut-pengikutnya di Sabah berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan negara.


Tak padan dengan keuzurannya mendapatkan rawatan Hemodialysis secara subsidi dari Kerajaan Filipina rentetan kemiskinannya di sana, ada hati si tua kutuk itu nak menyerang Malaysia dengan taktik gerila ?

Apakah Kiram fikir Malaysia tidak tahu, tak pernah dengar dan baru belajar tentang taktik gerila ? 

Dan dia fikir para pengikutnya yang sering buat kacau di Filipina saja yang tahu tentang taktik tersebut ?

Kiram sebelum ini mendabik dada, kononnya pengikut-pengikutnya sangat hebat dan berpengalaman dalam taktik gerila memandangkan orang-orangnya itu sering melakukan kekacauan dengan menggunakan taktik itu di Filipina.

Jika dilihat dari awal pencerobohan Sabah, “Sultan palsu” itu mulanya menghantar “tok bomoh” Sulu yang kononnya kebal, tidak lut senjata dan mahir menggunakan ilmu hitam untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Dia fikir “tok bomoh”nya ampuh di bumi berdaulat ini ? 

Percuma saja “tok bomoh” yang dihantarnya dengan bot laju itu mati ditembak. 

Kebal apa ke namanya begitu ?

Mengamalkan tangkal yang diikat di “anu” masing-masing, pangganas Sulu dari Filipina itu fikir mereka boleh terbang, “ghaib” dan mampu memukau wira-wira negara ? 

Hasilnya seramai 62 orang dari mereka telah terbunuh dihujung senjata !

Itu taktik apa namanya ? 

Taktik ilmu hitam ? 

Kiram fikir pasukan PDRM dan ATM di Malaysia ini tidak tahu memutihkan apa yang hitam ? 

Di dalam KAGAT saja kita boleh dapati ramai ustaz-ustaz yang tidak kurang hebat ilmu mereka.

Kiram mahu lawan ilmu syaitan berkemenyan dengan ilmu Allah yang berlandaskan Al-Quran Kalamullahil Karim ? 

Silap besar taktik itu jika digunakan di Malaysia. 

Cuba praktikkan taktik itu di Israel, mana tahu mungkin mujarab…

Apakah Kiram tak tahu taktik apa yang digunakan Malaysia untuk menghalau pengganas Komunis yang sangat disayangi Mat Sabu suatu ketika dulu ?


Jamalul-Kiram-III1

Untuk pengetahuan Kiram yang rasanya tak pernah pergi ke sekolah, Malaysia berjaya menghapuskan pengganas Komunis dari bumi berdaulat ini dengan menggunakan taktik GERILA ! Faham ? 

Maaflah, saya tak tahu menulis dalam bahasa tagalog…

Cakap saja di mana dan apa bentuk rupa muka bumi yang bakal menjadi medan pertempuran. 

InsyaAllah, dengan pengalaman dan aset pertahanan yang diluar jangkauan musuh, siapa yang mencabar kedaulatan Malaysia, pasti kecundang akhirnya.

Inikan pula Kiram yang “miskin” dan mengharapkan bantuan senjata dan askar upahan dari Nur Misuari ? 

Dari sahabat baik Anwar itu yang Kiram harapkan ? 

Bukan apa, saya khuatir nanti Kiram kecewa sebelum sempat masuk kubur…

Kiram perlu tahu bahawa barisan pertahanan Malaysia merupakan antara yang paling digeruni di peringkat antarabangsa, khususnya berkaitan taktik gerila yang menjadi kelebihan pasukan keselamatan di sini.

Taktik tersebut tidak mungkin diajar di dalam buku dan pasukan pertahanan di negara ini memperolehinya dari pengalaman getir menentang komunis sehingga kerap dipanggil menghulurkan bantuan ketenteraan di serata dunia.

Mungkin Kiram tidak pernah melihat pasukan PDRM atau ATM menunjukkan kekuatan mereka di dalam negara. 

Tapi kalau setakat nak buat “black ops” dan tiba-tiba terpacul sepasukan komando di depan rumah Kiram, perkara itu bukan suatu yang susah untuk dilakukan…

Terserahlah. 

Kiram boleh hantar pengikut gerila atau gorilanya untuk buat kacau di Malaysia. 

Namun ingin diingatkan di sini, jika selangkah bumi Malaysia dipijak musuh, jangan harap boleh keluar dari sini hidup-hidup !

Diplomasi ada batasnya. 

Gagal dengar kehendak diplomasi Kerajaan Malaysia, jangan menangis tak berlagu jika kepala Agbimuddin bersepai dibedil kereta perisai “Adnan”

Jangan dijolok sarang tebuan, binasa badan kelak…

[ SUMBER ]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??