Thursday 21 March 2013

YEAYY !!! SELANGOR TAK ADA AIR !!! TQ KHALID GAGAP !!!



Kira- kira 15,268 akaun pengguna sekitar wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip jenis keluli lembut di persimpangan Jalan Damansara Damai menuju Sungai Buloh pecah Rabu.


Penolong Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred dalam satu kenyataan berkata kerja pembaikan dijangka selesai pada 12 tengah hari esok.

"Syabas telah melantik kontraktor dan kerja pembaikan sedang dilakukan bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan dengan kadar segera.

"Kerja pembaikan menghadapi kesukaran dan mengambil sedikit masa kerana konkrit cerucuk yang telah menembusi batang paip tersebut sukar dikeluarkan," katanya.

Kawasan yang terjejas adalah Damansara Damai, Saujana Damansara, Kampung Baru Sungai Buloh, Kampung Sungai Buloh, Kampung Merbau Sempak, Penjara Sungai Buloh, Kampung Paya Jaras, Kampung Kubu Gajah, Kampung Selamat, Kem Tentera Sungai Buloh, Desa Aman, Hospital Sungai Buloh dan Bandar Baru Bukit Rahman Putra.

Syabas juga menyediakan 10 lori tangki air dalam keadaan tunggu sedia dan satu lori tangki digerak ke kawasan terjejas.

Berikutan itu, pengguna disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan paip.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252. - BERNAMA

Terkejut aku tengok tajuk berita ni mula-mula, aku ingat kawasan aku yang kena.

Inilah padah bila institusi pembekalan perkhidmatan dalam cengkaman kerjaan negeri yang main politik dalam pentadbiran.

Yang menjadi mangsa pula semestinya rakyat.

Korang nak tengok aje ke ???

Ubah...!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??