Wednesday 22 August 2012

MAKSUD SEBANGSA, SENEGARA DAN SEJIWA DIRUNGKAI !!!


Tema 'Sebangsa Senegara Sejiwa' macam sekular dan liberal.

Slogan di atas adalah tema yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji Ditepati"

Bunyinya yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal.

Apa maksud 'Sebangsa' di situ ???

Kalau ia bermaksud gabungan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama bangsa boleh dipersetujui oleh Pas ??? 

Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering mengkritik perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah.

PAS tentunya lebih cenderung kepada konsep umat bukannya bangsa. 

Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan dalam menentukan tema. 

DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan. 

Pendirian PAS mengenai isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang lain.

'Senegara' juga menimbulkan persoalan. 

Negara apa yang sebenarnya hendak ditegakkan oleh pakatan ??? 

Negara Islam tentu sekali tidak. 

PAS berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan hukum hududnya.

Sekali lagi pas terpinggir. 

Takkan Mustaffa Ali, Setiusaha Agung PAS tidak paham apa yg tersirat di sebalik tema itu ???

DAP pasti mahukan Malaysia sebagi sebuah Negara sekular dan sosialis demokratik. 

PKR tentu mahukan Malaysia menjadi sebuah Negara liberal dan pluralis. 

Element Islam di mana ???

Di mana salahnya konsep Negara Islam yg mendukung faham universal dan ketamaduan. 

Pendirian Karpal Singh lebih banyak bersifat persepsi dan salah faham terhadap maksud Negara Islam sebenarnya. 

Semakin ramai orang barat masakini sudah mula menerima islam sebagai suatu faktor Islamphobia Barat dan Karpal Singh sama juga.

Yang peliknya, Anwar Ibrahim ada disitu. 

Sebagai bekas pemimpin Angkatan Belia Malaysia (ABIM) takan tema kemerdekaan nampaknya macam sekular dan liberal ???

Kalau ia datang dari Pak Samad Said boleh dimengertikan. 

Pak Samad bukan datang dan dewasa daripada kelompok gerakan Islam seperti yang dialami oleh Anwar.

‘Sejiwa’ memberi makna memiliki roh yg sama dalam perjuangan. 

PAS memperjuangankan roh Islami seperti yang terkanun dalam perlembangaanya. 

Mampukah DAP dan PKR menjiwai apa yg ingin diperjuangankan oleh PAS ???

Kerajaan pakatan yg sedia ada umpamanya di Selangor adalah gabungan PKR, DAP dan juga PAS. 

Apakah wujud rasa kejiwaan antara perjuangan PAS dengan dasar-dasar yang dijalankan oleh PKR dan yg didukung DAP ??? 

Rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh berkembang ibarat cendawan tumbuh. 

Pak Samad Said sebagai penyair tentu tahu hakikat ini.

Manifesto pakatan Rakyat di Selangor masih banyak yang belum ditepati lagi. 

Pembangkang memang suka berjanji sebelum dapat kuasa. 

Hal di Pulau Pinang pun sama. 

Rumah Rakyat adalah rumah untuk orang kaya dan rumah lereng bukit.

Di Kelantan juga serupa. 

Isu bekalan air bersih tidak selesai sehingga kini. 

Kalau pun Kelantan dikuasai oleh PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini isu air bersih tidak akan dapat diselesaikan juga. 

Apakah tugas pembangkang hanya berjanji saja tetapi “Janji tidak ditepai” ???

Sebab itu tema Hari Kebangsaan bagi kerajaan di pilih iaitu "Janji ditepati”

Tema ini dari segi moral adalah baik dan bersesuaian. 

Bagi aku tema ini Islamik. 

Salah satu amanah bagi orang beriman ialah menepati janji !!! 

Orng yang berjanji tetapi tiak menepati janjinya selalunya termasuk dikalangan orang yang munafik.

Orang PAS tentu tahu hal ini. 

Pentingnya “Janji Ditepati” adalah kerana pada masa lalu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh parti politik untuk memenangi hati rakyat supaya menyokong mereka. 

Apabila menang mereka lupa kepada janji atau melanggar janji.

Tradisi ini adalah tidak baik bagi orang yang ada jiwa agama dan bertamadun. 

Bila penegasan tema “Janji ditepai” bagi sambutan Hari Kermerdekaan Ke-55 ini membawa gambaran bahawa menjelang pilihanraya akan datang jangan terlalu banyak janji dibuat untuk memikat menjadikan Islam sebagai dukunganya.

Belum pilihan raya terjadi Anwar sudah berjanji PTPTN akan dihapuskan dan pendidikan pecuma akan diberikan.

Kalau isu hutang UNISEL dan KUIS diselangor dimana Anwar menjadi penasihat Ekonomi tidak boleh diatasi, janji Anwar itu tentu menjadi bahan ketawa. 

Anwar juga berjanji harga minyak akan diturunkan, harga barang akan diturunkan dan banyak lagi janji yg diberi.

Membuat janji memang mudah. 

Melaksanakan janji akan timbul dalih. 

Inilah kerja pembangkang sekian lama. 

Oleh itu, tema “menepati janji” amat ditakuti oleh pakatan kerana bimbang ia mengenai batang hidung pakatan sendiri. 

Pakatan memilih tema lain ibarat ‘tidur sebantal’.

Daripada Abu Musa r.a katanya, sabda Rasulullah SAW: 
“Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagianya saling menguatkan antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari jarinya.- hadis riwayat Bukhari dan Muslim. 

Edit dari : Utusan Malaysia



1 comment:

  1. Se maksudnya satu sebangsa maksudnya satu bangsa, dalam lirik lagu yang dok putar kt rtm pun ada sebut kita satu bangsa, satu negara, kita satu malaysiaaaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??