Wednesday, 1 August 2012

PANAS !!! LAJIM NAK JADI KETUA MENTERI SABAH DAN UGUT PM !!!


Lumrah kebanyakan orang politik tidak lepas dari menyimpan cita-cita tinggi untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah puas dengan kedudukan serta jawatan sedia ada. 


Memang diakui ramai yang tak pandai mengukur baju di badan sendiri sebaliknya lebih suka masuk bakul angkat sendiri, lantaran itu pantang dijanjikan atau ditawarkan jawatan yang lebih tinggi segelintir politikus ini akan segera menggapainya.

Bekas MT UMNO dari Sabah, Lajim Ukin adalah antara politikus yang memiliki sifat dan sikap yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dikecapi dan acapkali terlebih ukur baju di badan sendiri.

Rakyat Sabah sendiripun sudah lama sedia maklum dengan impiannya yang membuak-buak begitu berkeinginan sekali untuk menjadi Ketua Menteri malah pernah satu ketika diugutnya PM supaya Ketua Menteri sekarang dilucutkan jawatan dan diganti pula dengan dirinya. 

Lajim pun tahu untuk naik ke tangga atas dengan menggunakan kemampuannya agak sukar untuknya menandingi kewibawaan dan pengaruh Musa Aman serta seorang lagi pemimpin Sabah, Shafie Afdal sekaligus tidak memungkinkan dirinya untuk menapak ke atas dengan mudah.

Jika dia bijak mengukur kemampuan diri dan pandai memakai baju yang sesuai mengikut saiz, selayaknya Lajim patut bersyukur kerana berpeluang juga merasai nikmat duduk di kerusi empuk Timbalan Menteri di peringkat Pusat.

Tapi dek kerana nafsu membuak mahu mengutamakan cita-cita peribadi, politik ugut pula yang jadi galang ganti.

Mujurlah PM bukannya jenis yang mudah tergugat dengan ugutan, jika tidak, tentu sahaja lama kelamaan amalan ugut mengugut akan menjadi budaya biasa bagi segelintir politikus untuk menggapai jawatan tinggi dan kekayaan peribadi.

Lajim tidaklah keseorangan dalam mempraktikkan budaya mengugut pemimpin atasan parti untuk merealisasikan kepentingan dirinya. 

Beberapa ketika sebelum inipun, rakannya dari Kedah, Kadir Sheikh Fadzir pun pernah cuba kaedah sama namun tetap juga tidak dilayan oleh PM.

Manakala beberapa tahun dahulu pula, seorang pemimpin PKR yang sekarang sedang memegang jawatan di sebuah negeri juga pernah berpengalaman melakukan kaedah ugut sedemikian untuk kepentingan peribadi dek kerana tertekan dirinya dikelilingi hutang berpuluh juta dengan bank tempatan.

Dan bila permintaan (ugutan) masing-masing enggan ditunaikan oleh PM, akhirnya mereka membawa haluan dengan bersekongkol bersama Anwar Ibrahim selepas dijanjikan jawatan dan kedudukan tinggi.

Pendek kata, sekiranya PM tunduk pada permintaan mereka yang bersifat peribadi dan berkepentingan diri itu, mereka memberi jaminan akan kekal bersama UMNO sedangkan bukan satu kelaziman untuk mana-mana PM mendahulukan kepentingan peribadi segelintir pemimpin tak sedar diri.

Mungkin dari segi jangka masa pendek, ketegasan PM tidak melayani tuntutan peribadi segelintir politikus itu boleh memberi sedikit kesan pada parti dan kerajaan. 

Pun demikian, daripada negara kita terpaksa menghadapi barah penyakit yang sukar diubati lebih baik mencegahnya dari awal.

Kecualilah jika negara kita diperintah oleh Anwar Ibrahim tentu sahaja keutamaan dan kepentingan rakyat akan dibelakangkan manakala kepentingan peribadi serta kelompok politikus tak sedar diri pula akan lebih menjadi prioritinya.

Soal nanah menjadi barah dikemudian hari tidak pernah pun menjadi perkiraan Anwar lagipun agak serasilah sikap mengutamakan diri itu dengan perwatakan Anwar yang sejak dulu lagi gemar memijak kepala orang lain semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu sendiri. 

Berbalik pada kisah Lajim Ukin yang kepingin menjadi Ketua Menteri, ketahuilah langkahnya takkan sepanjang mana. 

Lagipun sudah ramai yang menggigit jari selepas tertipu dengan permainan politik janji yang sudah menjadi tabie Anwar sejak dulu lagi. 

Orang-orang tua selalu berpesan, bila dengan guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurah buang. 

Hari yang mendung, guruh berdentam dentum belum tentu hujan akan turun.

Ramai rakyat Sabah senyum sinis sambil bertanya sesama sendiri, mampukah Lajim menggapai impian untuk menduduki kerusi Ketua Menteri atau penghujung usia politik terbiar dan tidak lagi dipedulikan orang ???

Melihat pada realiti politik hari ini ditambah lagi dengan laporan temurapat PKR yang menyimpulkan masa depannya dalam PRU 13 kelak agak kelam, tidak sukar untuk kita menjangkakan nasib politik Lajim nanti.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??