Wednesday, 8 August 2012

PERKAHWINAN PELIK PADERI KRISTIAN KETURUNAN CINA SONGSANG !!! EH.. BOLEH YE ?!!


Tahun lalu, seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika.


Pasangannya seorang lelaki kulit hitam, Phineas Newborn III adalah seorang produser pementasan muzikal Broadway. 

Perkahwinan pelik itu dilaporkan telah didaftarkan di New York.

Semasa di awal meletusnya berita perkahwinan gay mereka berdua, pelbagai lapisan masyarakat Islam, Hindu dan Buddha telah meluahkan bantahan, kecaman dan kemarahan mereka terhadap tidakan luar tabie tersebut.

Selepas hampir setahun kisah mereka reda dari perhatian umum, tidak semena-mena timbul semula apabila kedua-duanya tampil meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataannya kepada AP, Boon Lin mengakui isu gay cukup sensitif di Malaysia tapi peliknya seperti sengaja pula mahu mempromosikan kisah perkahwinan gay apabila turut menjemput sekumpulan wartawan ke majlis tersebut.

Jika pada tahun lalu banyak pihak tampil ke hadapan menyuarakan bantahan dan mengecam perlakuan songsang tersebut, kini bantahan yang sama juga patut diluahkan segera terhadap majlis respsi itu.

Tambahan pula sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai adat budaya serta resamnya yang tersendiri, amat tidak bersesuaian sekali kita membiarkan sahaja kelakuan paderi dan pasangan songsangnya itu menambah biakkan lagi aktiviti sejenis sebegini.

Masyarakat Kristian di Malaysia sewajarnya bangkit menyuarakan kecaman dan bantahan mereka serta tidak sepatutnya membiarkan saja rakan-rakan agama lain sahaja yang memprotes perkahwinan dan majlis resepsi gay itu.

Setidak-tidaknya dengan bantahan tersebut dapat memberi isyarat jelas kepada Boon Lin dan pasangannya bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama sama sekali tidak akan merestuai amalan luar tabie tersebut.


1 comment:

  1. na ttanya sikit , aku ni bodoh dalam soaal ni, dalam kes ni sapa yang balun dan sapa yang pasang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??