Monday, 4 February 2013

TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI !!! SIAPAKAH MEREKA ?!!


dinosaur pakatan

KEBELAKANGAN ini, bagitu kuat laungan dan pekikan dari pemimpin mahupun penyokong pembangkang yang mahukan berlakunya ‘regime change’ atau didalam Bahasa Melayunya adalah ‘pertukaran pentadbiran’.

Laungan ini bagaimanapun dipekikkan tanpa mereka merenung didalam cermin dan melihat kedalam diri mereka sendiri.

Malah mereka teramat berani untuk mengambil risiko mengikut jejak dan langkah negara bergolak yang meronta mahukan sebuah pertukaran pentadbiran tanpa memikirkan bahana yang bakal menimpa.

Dataran Tahrir dijadikan matlamat juang dalam siri pemberontakan dengan anganan untuk menjadikan seorang bekas banduan ke persada singgahsana Perdana Menteri ke-7.

Apakah yang mereka mahukan sebenarnya ? Adakah pemberontakan adalah cabang dalam ajaran Islam ?

Berbaloikah erti sebuah pemberontakan menjatuhkan kerajaan Negara Islam yang digeruni kuasa Barat ?

Semenjak kemerdekaan, Malaysia telah melalui sebanyak 6 kali pertukaran pentadbiran.

Bermula dengan Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Bin Haji Dato’ Hussein, Tun Hussein Bin Dato’ Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini rakyat Malaysia berada dibawah pentadbiran Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tidakkah ini bermakna semenjak merdeka, Malaysia telah pun melalui sebanyak 6 kali pertukaran pentadbiran atau ‘regime change’ ?

Adalah lebih baik jika pemimpin-pemimpin pembangkang mula mengambil cermin dan renungkan parti masing-masing.

Berapa kalikah pemimpin tertinggi gabungan parti-parti pembangkang melakukan pertukaran pentadbiran parti ?

Semenjak 13 Mei 1969, DAP tidak pernah melakukan pertukaran regimnya dan Lim Kit Siang masih kekal disinggahsana malah DAP bakal diwarisi oleh anaknya Lim Guan Eng.

Tidak syak lagi DAP adalah parti anak-beranak, menantu dan sedikit masa lagi pasti ada jawatan juga untuk cucu-cucu pula.

Biarpun telah hampir 44 tahun, namun dendam kesumat Dinasti Lim untuk mencetuskan 13 Mei era baru ini tidak pernah lekang.

Sebagaimana Lim Kit Siang, begitu juga Karpal Singh didalam DAP yang masih kekal biarpun telah cacat dan hilang upaya berjalan demi memastikan adanya seorang Melayu Islam melangkah mayatnya untuk menegakkan negara Islam.

Kedua-dua ‘dinosaur’ DAP ini masih kekal didalam parti biarpun telah ada yang berbunyi agar singgahsana dikosongkan.

Tindak tanduk kedua mereka ini tidak disenangi akar umbi parti dan mereka mahukan perubahan didalam parti.

Jadi, lakukanlah ‘pertukaran pentadbiran’ didalam parti DAP terlebih dahulu sebelum memekikkan istilah ‘regime change’.

Nik Aziz Nik Mat disifatkan antara ‘dinosaur’ paling tua didalam pembangkang dan tertua didalam PAS, antara pemimpin yang perlu ‘dipimpin’.

Sepertimana DAP, begitu juga dengan PAS yang masih mengekalkan ‘dinosaur’ didalam parti mereka.

PAS hanya melakukan sekali sahaja pertukaran pentadbiran hanya disebabkan faktor kematian dan masih lagi mengekalkan kuasa penuh yang diberikan gelaran ‘Mursyidul Am’.

Kuasa Mursyidul Am ini melangkaui kuasa seorang presiden parti.

Jawatan Menteri Besar Kelantan dipegangnya semenjak 1990 dan ini bermakna hampir 23 tahun Nik Aziz menjadi menteri besar.

Biarpun berkali-kali telah dimasukkan ke wad kerana implikasi jantung dan juga darah tinggi, namun cukup liat bagi Nik Aziz meninggalkan kerusi Menteri Besar.

Adakah PAS akan melakukan pertukaran regimnya hanya selepas kematian Nik Aziz ?

PKR pula, amat sinonim dengan jolokan parti anak-beranak.

Ditubuhkan oleh isteri semasa Ketua Umumnya didalam penjara dan bermulanya era ‘reformasi’ tatkala itu.

Dari awal penubuhan sehingga ke hari ini, Presidennya masih lagi yang sama dan siapa lagi jika bukan Wan Azizah.

Anwar Ibrahim pula terus dilantik sebagai Ketua Umum selepas keluar dari penjara yang mana jawatan ini tidak boleh ditandingi atau dicalonkan didalam pemilihan parti kerana jawatan tersebut adalah khas untuk Anwar sehingga ajal menjemput.

Oleh kerana parti ini adalah parti anak-beranak, maka tiada pertukaran pentadbiran yang boleh dijangka kerana inisiatif penubuhan parti itu sendiri adalah demi membebaskan seorang banduan atas pertuduhan liwat yang kini menyandang jawatan Ketua Umum Parti.

Sepertimana jawatan Mursyidul Am, begitu juga dengan jawatan Ketua Umum yang mana kuasanya melangkaui kuasa Presiden parti.

Bilakah PKR akan melakukan ‘regime change’ didalam parti mereka dan mampukah Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izah mengosongkan singgahsana kepada orang lain yang tiada pertalian darah dengan mereka ?

Jika dibandingkan parti-parti pembangkang dengan Kerajaan Malaysia, bolehlah kita simpulkan bahawa Malaysia telah pun melakukan ‘regime change’ sebanyak 6 kali manakala parti pembangkang sendiri tidak pernah melakukan sebarang perubahan atau rombakan diperingkat paling atas.

Oleh itu, sebetulnya laungan ‘regime change’ atau ‘pertukaran pentadbiran’ ini sepatutnya ditujukan kepada mereka sendiri.

Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu lama, ‘ibarat meludah kelangit, akhirnya jatuh kemuka sendiri’.

Sumber : SGB



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??