Tuesday 19 March 2013

BAHLOL !!! RAFIZI LEMBU MEMBANGSATKAN SISWA SISWI MALAYSIA !!!



Lebih “Auta” dari “Fakta” apabila sekali lagi Rafizi Ramli memperbodohkan dirinya dengan berkata “Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu dihapuskan segera bagi mengelakkan perbadanan tersebut membankrapkan negara !!!”


Masih ingatkah anda semua akan perdebatan Isu Mansuh PTPTN diantara Khairi Jamalludin dan petualang bangsa Rafizi Ramli yang mana Rafizi gagal membuktikan kemampuan PR melaksanakan Dasar Pendidikan Percuma ?

Sebelum ini Rafizi dalam ucapan-ucapannya sering mengaitkan negara-negara “Scandinavia” untuk dijadikan perbandingan seperti Turki dan Finland tetapi tidak kini kerana info dan maklumat yang diberikan nyata bercanggah dengan kenyataan dan hampir memalukan dirinya.

Wajarkah Malaysia dibandingkan dengan Negara Uncle Sam (Amerika), begitu 'bangsatkah' siswa-siswi Malaysia dipandangan mata Rafizi Ramli dengan membuat andaian Malaysia akan muflis jika PTPTN diteruskan dengan “andaian” lepasan siswazah yang menerima pinjaman PTPTN akan melupakan akur janji untuk membayar balik pinjaman ?!

Semenjak PTPTN dutubuhkan pada tahun 1997 sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam telah menerima manfaat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Berbeza dengan pihak pembangkang, Kerajaan sentiasa percaya dan yakin bahawa sikap jujur, amanah dan bertanggunajawab yang disemai dan diamalkan rakyat Malaysia pastinya tidak akan merugikan dan membebankan Kerajaan.

Beberapa pekej dan tawaran diperkenalkan demi memastikan peminjam PTPTN membayar balik pimjaman antaranya diskaun 20 peratus itu diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan hutang secara sekali gus dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

Hasilnya seramai 13,900 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil menyelesaikan pinjaman pembiayaan pendidikan PTPTN bagi menikmati tawaran diskaun sebanyak 20 peratus seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Daripada 1 Oktober sehingga 15 Disember lepas jumlah pembiayaan sebanyak RM47.94 juta manakala jumlah bayaran balik yang diterima adalah RM38.36 juta dengan jumlah diskaun pengurangan bayaran balik adalah sebanyak RM9.59 juta.

Lebih menbanggakan daripada 13,900 peminjam yang membuat bayaran balik secara sekali gus itu, seramai 629 merupakan peminjam yang telah disenarai hitam dengan jumlah pembiayaan pendidikan sebanyak RM4.07 juta.

Jadi tidak patut wujud isu Malaysia bakal mengalami kebankrapan jika PTPTN diteruskan.

“Dasar Pendidikan Percuma” dan “negara bakal muflis” jika PTPTN tidak di mansuhkan sengaja diserapkan di dalam minda rakyat yang berfikiran cetek atau lebih tepat orang-orang yang berfikiran secara melulu oleh pembangkang kerana semakin hampir pilihanraya.

Dasar pendidikan percuma hanyalah satu dasar yang tidak jelas dan kabur kerana ianya bila-bila masa boleh diubah dan dimanupulasi mengikut keadaan.

Banyak keraguan dan kebocoran dalam dasar pendidikan percuma yang dicanag-canangkan oleh pakatan pembangkang.

Cuba fikirkan, sebanyak RM43.85 billion diperlukan untuk melupuskan PTPTN.

Seterusnya satu “dana” diperlukan untuk membayar yuran pengajian IPTA, selepas itu satu lagi “dana” diperlukan lagi untuk kos sara hidup, itu tidak masuk lagi dana yuran pengajian IPTS yang sehingga kini masih belum diperjelaskan lagi.

Bukankah didalam Menifesto Rakyat (buku jingga) Pakatan Rakyat ingin memansuhkan cukai-cukai, tol-tol di Malaysia, kurangkan harga minyak, harga barang, harga kereta dan sebagainya ?!

Pernahkah terfikir bagaimana dan dari mana kah PR akan menampung segala-galanya setelah semua dimansuhkan dan PR masih bermimpi ingin memberikan Pendidikan Percuma ?

Perlukah kita menyokong kepada satu dasar yang tak pasti ?

Walaupun pelbagai-bagai cara di gembar-gemburkan oleh PR untuk menampung kos dasar pendidikan percuma mereka, yang pasti cara-cara tersebut hanyalah mainan politik semata-mata.

Bayangkan begitu banyak wang yang dibelanjakan untuk menjayakan satu dasar yang tak pasti bagaimana pula sektor-sektor lain seperti subsidi, perubatan, pendidikan (menengah/rendah), pembagunan negara dan sebagainya ?

Yang pasti jika Dasar Pendidikan Percuma dilaksanakan dan PTPTN dimansuhkan, yang menjadi mangsa adalah pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Jika kita fokus pada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sehingga pada tahun ini, peminjam PTPTN di bawah IPTS adalah 603,810 orang melibat RM20.2 bilion.

Pada tahun 2012 sahaja, PTPTN meluluskan sejumlah 14,459 peminjam melibatkan peruntukan sejumlah RM182.3 juta.

Daripada 600 IPTS di bawah KPT, sebanyak 434 IPTS di bawah tajaan PTPTN.

Jika PTPTN dimansuhkan ia boleh menyebabkan IPTS di Malaysia gulung tikar.

Seharusnya golongan mahasiswa masa kini memikirkan cara-cara untuk membaik pulih sistem PTPTN dan bukannya terpengaruh dengan dakyah pembangkang dengan memansuhkan terus PTPTN.

Mahasiswa seharusnya sedar sistem dan dasar PTPTN telah memberi kesinambungan dari satu generasi ke satu generasi dengan jayanya.

Jika diadakan universiti percuma, sudah tentu cukai-cukai lain akan meningkat untuk menampung keperluan pengajian percuma, bayangkan keadaan negara ketika itu.

Wajarkah sekadar mengejar kesenangan semantara, nasib negara dimasa depan tergadai.

Tidak pernahkah anda semua terfikir Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sendiri tidak mampu melaksanakan  pendidikan percuma di Negeri Selangor sedangkan dalam kenyataan menteri  besarnya Abdul Khalid Ibrahim  mengatakan rizab tunai terkumpul Selangor sebanyak RM 2.5 billion !

Oleh itu, marilah kita fikirkan dan renungkan bersama.

[ SUMBER ]

2 comments:

  1. dia ni GILA..orang GILA selalu nya kalau BERCAKAP memang MERAPU...lalalalala

    ReplyDelete
  2. PTPTN mmg boleh dapat free aih, tp belajaq laa elok2, pointer kasi up laa~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??