Thursday, 14 March 2013

KHALID ISMATH SYIAH AKUI ANWAR AMAL LGBT DAN TAK BERAGAMA !!!



Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI), Khalid Ismath boleh dikatakan terlalu ‘bijak’ untuk berbicara dengan berlandaskan hujah-hujahnya.


Kerana ‘bijaknya’ dirinya itu, kurniaan kebijakkan yang Allah S.W.T berikan kepada dirinya diletakkan di kepala lututnya, bukan digunakan secara betul.

Nampaknya, Khalid yang juga Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) sudah terpesong jauh.

Sebelum ini, Khalid secara terang-terangan mendakwa dia mengakui dirinya adalah dari golongan syiah yang menolak segala ajaran Islam yang sebenar.

Kali ini, Khalid secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan tidak kisah sekiranya pemimpin negara adalah dari golongan yang mendukung Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

“Saya tidak kisah pemimpin saya LGBT, tak da agama atau sosial, yg pnting, dia laksana amanah rakyat dan negara serta tidak salahguna kuasa”

Pemimpin yang dimaksudkan oleh Khalid itu tidak lain tidak bukan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid seperti membenarkan satu anasir atau aliran tidak sihat menular dalam institusi pentadbiran negara kita dengan menerima seorang pemimpin seperti itu.

Ini kerana, sudah diketahui umum, Anwar adalah seorang pemimpin yang mempunyai rekod buruk apabila terlibat dengan skandal seks, kes liwat, berhubungan dengan isteri orang dan bermacam-macam lagi.

Di dalam Islam sendiri, Allah S.W.T sendiri murka dengan hamba-hambanya yang terpesong dari akidah dan fitrah manusia yang sebenar.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan:


“Tidaklah satu kaum yang di kalangan mereka terdapat orang-orang yang melakukan maksiat sementara kaum itu pula lebih kuat dan lebih ramai daripada orang-orang yang melakukan maksiat, tetapi mereka tidak pula menghalangnya, melainkan Allah meliputi mereka semua dengan siksaan.” [Musnad Ahmad, no: 19230 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth]

Apakah ketika ini ditampuk pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melaksanakan amanah rakyat serta menyalah gunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri ???

Walhal, Anwar sendiri sudah terang mempunyai sikap sebagai pemimpin yang membelakangkan rakyat serta mempunyai kepentingan sendiri termasuklah pengikut-pengikut di bawahnya.

Kenyataan Khalid itu jelas menampakkan lagi kejahilannya terhadap konsep akidah Islamiah dan menyerlahkan lagi belang sebenar penganut tegar syiah dan memalitkan lagi imej busuk ketuanya yang menyokong LGBT.

Pun begitu, kita sebagai rakyat tidak boleh memandang ringan remeh dengan diri Khalid ini kerana dia mampu untuk menggugatkan agama Islam, malah dirinya licik untuk menyiramkan sentimen Syiah dalam masyarakat Islam di Malaysia yang ternyata menyimpang jauh.

Ini kerana, Khalid boleh dikategorikan sebagai satu ancaman besar terhadap akidah generasi kita di masa hadapan.


3 comments:

  1. negara kafir pun tak terima orang tak ada agama/LGBT jadi peminpin.. apa punya baganglah budak tak ada akal ni

    ReplyDelete
  2. SE BANGGANG BANGGANG DAN SETOLOL TOLOL MANUSIA ADALAH SI DUNGGU BERNAMA KHALID MOHD ISMATH NI..OTAK DIA BUKAN DUDUK KAT LUTUT LAGI TAPI KAT BONTOT DIA!!!! ANAK SI ISMATH NI MEMANG KALDAI MENGAKU SYIAH TAPI BOLEH PULAK TERIMA PEMINPING LGBT DAN TAKDE AGAMA!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??