Tuesday, 5 March 2013

KIRAM BANGSAT JEMPUT KUASA ASING BARAT !!! KONSPIRASI PENJAJAH !!!


**Janganlah kita buka ruang negara kita diganggu kuasa lain !!!


Jamalul-Kiram


Jamalul Kiram III hari ini berkata, beliau mahu bukan sahaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk campur tangan dalam situasi yang semakin buruk di Sabah.

Kiram berkata, pihak kesultanan telah hilang kepercayaan bahawa pentadbiran Aquino akan membantu dalam tuntutan mereka ke atas Sabah, yang dianggap sebagai tanah nenek moyang masyarakat Sulu.

Ditanya mengenai langkah seterusnya, Kiram berkata, mereka akan mendapatkan bantuan daripada badan antarabangsa dan dua kuasa dunia itu.

Beliau berkata, kali terakhir isu berkenaan dibawa ke PBB adalah dalam tahun 1960-an, di bawah pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal (gambar, bawah).


diosdado

Kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram telah berkubu di Sabah sejak 12 Februari lalu dalam usaha untuk mengesahkan pemilikan Sulu ke atas Sabah.

Pertembungan pertama antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penyokong Kiram meletus Jumaat lalu, meninggalkan sekurang-kurangnya 12 pengikut mati.

Satu lagi insiden serangan hendap pada hari Sabtu di Semporna menyebabkan 6 polis Malaysia dan 6 penceroboh mati.

Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima sebelum ini berkata, isu Sabah boleh dibawa ke hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk penyelesaian.

Filipina telah pun memfailkan tuntutan ke atas Sabah di ICJ, menurut Amina Rasul, Presiden Pusat Filipina untuk Islam dan Demokrasi (PCID).

Beliau berkata Kesultanan Sulu mempunyai tuntutan sejarah di Sabah, yang telah ditegakkan pada tahun 1939 di hadapan Ketua Hakim, C.F.C. Macaskie di Mahkamah Tinggi Borneo Utara.

Sabah telah diberikan kepada Kesultanan Sulu oleh Kesultanan Brunei kerana peranan Sulu dalam menamatkan satu pemberontakan pada abad ke-17.

Pada tahun 1878, Kesultanan Sulu memajak Sabah kepada Kompeni Borneo Utara British. - mynewshub


2 comments:

  1. kita tidak perlu kuasa asing kerana mereka tidak membawa kebaikan sebalik nya mengambil hasil bumi kita untuk kepentingan mereka.sudah sekian lama SABAH menjadi milik kita kenapa kita harus tunduk pada kuasa asing

    ReplyDelete
  2. elehh...tua kutuk nak mampos tak sedar diri..duduk pun kat rumah setinggan...mengaku sultan syok sendiri....ada hati nak suruh kuasa besar campur tangan?

    sudah kong 2 buah pinggang,
    umur pun dah 79
    kubur dok panggil soh datang
    Punnn masih nak meroyan!

    PTUIH !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??