Monday 18 March 2013

LAHAD DATU: BETUL KE TAK SELAMAT ?!! MEH TENGOK SINI !!! KAYU PUNYA PEMBANGKANG !!!

IMG-20130316-00331

Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia yang aman damai selepas merdeka, rakyat dikejutkan dengan kemelut pencerobohan pengganas yang menamakan diri mereka Tentera Diraja Sulu.


Kedatangan penceroboh yang mengganas dengan alasan mahu menuntut Sabah yang merdeka dan maju dibawah kepimpinan kerajaan Malaysia.

Kemelut pencerobohan Lahad Datu ini telah mengorbankan nyawa 8 anggota polis dan 2 anggota tentera.

Mereka dibunuh dengan kejam sekali bermula pada siri serangan hendap pertama pada 1 Mac 2013.

Setakat hari ini dipihak pengganas pula 62 telah berjaya ditembak mati.

Berkat kesungguhan dan kecekalan anggota keselamatan kita, rakyat dapat hidup dengan aman dan tenang.

Biarpun kemelut pencerobohan ini pada awalnya amat menjejaskan rutin kehidupan masyarakat di Lahad Datu terutamanya warga peneroka di Felda Sabahat, gugusan Felda terbesar di Sabah dan menyumbang 10% pendapatan negeri.

Namun hari ini, kehidupan mereka kembali pulih berkat kecekapan anggota keselamatan kita.

Perniagaan telah mula beroperasi seperti biasa, sekolah-sekolah sudah mula dibuka secara berperingkat dan rakyat mula jalani kehidupan yang tenang.

Paparan gambar yang dirakam di Pekan Cenderawasih menunjukkan kehidupan rakyat yang telah kembali pulih.

Pekan Cenderawasih ini terletak didalam kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu.

Penduduk setempat amat yakin dan menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kredibiliti dan kecekapan pasukan anggota keselamatan kita.

Semoga keamanan dan kedaulatan negara kita terus terbela.


IMG-20130316-00328

IMG-20130316-00329

IMG-20130316-00330

IMG-20130316-00335

Sumber : feldavoice.com


1 comment:

  1. Baru balik dari Kota Kinabalu malam tadi. Di sebelah ruang tungg kami ada ruang tunggu untuk Domestic Flights, ramai je yg tunggu utk naik flight gi Tawau. Tak de pun flight cancelled.

    Di KK, road blocks oleh PDRM ada di 2 atau 3 tempat je. Waktu malam je, ingatkan kemalangan jalanraya rupanya Pemeriksaan PDRM. Kuranglah mat rempit.

    Dipantai (belakang Pasar Filipin) nampak juga PDRM buat rondaan. Waktu malam ada kumpulan PDRM meronda sana-sini. Periksa Kad Pengenalan.

    Sangat selamat rasanya di KK, Tuaran, Kundasang, Ranau. Bukan Lahad Datu tapi PDRM telah meningkatkan keselamatan dimana perlu.

    Nak kongsi cerita je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??