Sunday, 3 March 2013

LAHAD DATU : BILA ADA SI BENGONG YANG PERTIKAI PENGLIBATAN PDRM !!!



Persoalan kenapa polis dan bukan tentera ???

1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu.


2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna;

1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkataannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh diektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini ??? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. 

Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu - tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan.

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. 

Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA

Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun, hanya kawasan pencerobohannya sahaja. 

Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini... menurut langkah satu persatu !!!

Nota Tambahan :

Ingat kes Al-Maunah dahulu ??? 

Mula-mula polis, kemudian Tentera ambil alih. 

Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Al-maunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung. 

Dia tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan membunuh (i.e; bunuh polis SB tu). 

Dia dituduh sebagai combatant perang.

Persoalan sempadan bolos. 

Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. 

Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. 

Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. 

Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. 

Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. 

Negara China yang terkenal dengan Great-Wallnya sering dicerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga).

Kesimpulan : 

Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. 

Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas (UTK), attachment b-very able trooper 69 (VAT69) dibawah pasukan gerakan khas (PGK). 

UTK lebih menyerupai police SWAT, manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. 

Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA.

Komando di bawah ATM adalah group gerak khas (GGK) iaitu 21 RGK, 22 RGK, 11 RGK dari Tentera darat.

PASKAL pula dari TLDM.

PASKAU dari TUDM.

Ia tertakluk dalam majlis keselamatan negara (MKN) arahan NO. 18. 

Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. 

Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula !!!

[ SUMBER ]


2 comments:

  1. Nampaknya Sumber memiliki pengetahuan mendalam dalam isu ini. Namun sebagai rakyat biasa saya juga keliru dengan hasil dari tindakan oleh pasukan keselamatan. Dikatakan mereka memiliki pengalaman peperangan Gurilla. Apakah kita tiada pengalaman, atau kurang latihan. Apa jadi dengan aset-aset ketenteraan di labur berbilion ringgit. mana perginya sniper UTK, Mana fire power, granade launcher, 50mm turret gun, kenderaan perisai, bot-bot pintas termaju didalam inventori PDRM dan ATM. Saya kurang bersetuju dengan alasan pihak intelligence mengatakan bahawa Tentera SULU berpengalaman luas dalam peperangan Gurilla. Adakah ini ingin dijadikan alasan seperti coach bolasepak. Contohnya Qatar bermain sangat bagus dan kita cuba bermain dengan terbaik. Lihatlah nanti selepas selesai isu ini, saya akan rekomen apa yang patut pihak PDRM dan ATM perlu tambah dalam aspek latihan. Apapun, dalam PEACEKEEPING kita memang antara terbaik tapi dalam counter insurgency/terrorrist banyak aspek perlu di tingkatkan. Apapun saya menguicapkan takziah kepada anggota yang terkorban, moga roh mereka di terima ALLAH dalam barisan Syuhadah, Amin.

    Ikhlas, Sarjan Peperangan Alam maya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila baca artikel sebelum ini ; NASIHAT DARI PDRM/ATM !!! PELAYAR INTERNET JANGAN JADI PENYUMBANG ANGKA KORBAN WIRA NEGARA !!! (http://info4thetruth.blogspot.com/2013/03/nasihat-dari-pdrmatm-pelayar-internet.html)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??