Tuesday 19 March 2013

LAHAD DATU - KAPAL ISRAEL MASUK PELABUHAN ?!!


IMG-20130317-WA007

Tidak ramai yang tahu bahawa Lahad Datu merupakan antara pelabuhan paling penting di Sabah di mana ia menjadi tumpuan kapal-kapal dagang, khususnya bagi operasi bekalan minyak sawit dari Gugusan Felda Sahabat di Sabah.


Pun begitu, kita semua tahu bahawa insiden pencerobohan bersenjata para pengikut Jamalul Kiram III sejak awal bulan Mac sedikit sebanyak telah menjejaskan aktiviti di pelabuhan tersebut.

Dek kerana onar yang dipercayai mendapat suntikan dari seorang pengkhianat negara, aktiviti bekalan dan urusniaga Felda di pelabuhan itu pasti terjejas sekiranya kapal-kapal dagang tersebut enggan berlabuh di situ.

Bagaimanapun, warga Felda dapat menarik nafas lega apabila laporan media menunjukkan bahawa Jeti 16 di Lahad Datu itu kembali sibuk beroperasi seperti biasa, kapal-kapal dagang kembali berpusu-pusu masuk di pelabuhan tersebut.

Apa tandanya bila kapal-kapal dagang itu kembali ke Jeti 16 di Lahad Datu itu ?

Tidak lain tidak bukan, ia adalah disebabkan situasi dan keselamatan di kawasan tersebut telah berjaya dikawal oleh wira-wira negara yang menjaga keamanan di sana. 

Jika tidak selamat, tidak mungkin kapal-kapal tersebut sanggup singgah ke Jeti 16 itu.

Saya yakin, mana-mana pemilik atau “tauke” kapal sekali pun takkan sanggup berlabuh di pelabuhan yang tidak selamat atau terancam tahap keselamatannya.

Tahniah diucapkan kepada wira-wira negara yang terlibat dengan Ops Daulat di sana kerana telah berjaya membuktikan bahawa kehadiran mereka di sana cukup memberi kelegaan kepada seluruh rakyat Sabah, khususnya warga Gugusan Felda Sahabat.

Saya mendapat maklumat yang mengatakan bahawa pihak Felda sendiri pun menyediakan polis-polis bantuan Felda bagi mengawal keselamatan di Gugusan Felda Sahabat yang cuba diporak-perandakan oleh juak-juak Kiram III.

Selain itu, Felda turut diperkasakan dengan anjing-anjing Jerman Shepherd yang terlatih bagi mengesan pengikut-pengikut Kiram III yang sedang “membaculkan” diri, menyorok di sekitar kawasan Lahad Datu.

Begitulah kerjasama yang Felda hulurkan demi memastikan warganya di Gugusan Felda Sahabat aman, rasa selamat dan terjamin keselamatan mereka.

Sebelum ini kita diberitahu PAS bahawa Mazlan Aliman ditugaskan untuk membela masyarakat Felda dari apa jua ancaman. 

Dia menubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), kononnya menjadi “hero” di Felda.

Persoalannya, mana perginya Mazlan Aliman dan ANAK ? 

Khabarnya NGO “pembela warga Felda” itu dianggotai oleh ribuan penyokong Pakatan Haram di dalam Felda di seluruh negara ?

Takkanlah dalam beribu-ribu orang di bawah seliaan Mazlan Aliman itu tidak ada seorang pun dari mereka yang sanggup ke Lahad Datu menghulurkan bantuan kepada para peneroka di sana ?

Kalau tak mampu nak pergi pun, takkanlah tidak ada sebarang inisiatif dari PAS, Mazlan Aliman atau ANAK untuk menubuhkan tabung bantuan Lahad Datu bagi meringankan beban masyarakat Felda di sana ?

Saya tidak mengharap tabung bantuan untuk wira-wira negara yang terkorban dari Mazlan Aliman memandangkan Pakatan Haram memang benci dan sanggup menyifatkan wira-wira itu sebagai “anjing yang mati katak”.

Tapi, setidak-tidakknya kutiplah derma untuk para peneroka di Lahad Datu. 

Kalau boleh kutip derma berkarung-karung di ceramah-ceramah PAS mencarutkan UMNO dan BN, mengapa tidak boleh kutip derma untuk rakyat Gugusan Felda Sahabat, kan ?

[ SUMBER ]

Psssttt... sat lagi ada pula puak pencacai yang akan kata Kapal besar dari Panama tu betul-betul dari Israel... maklum je lah... puak pencacai pembangkang ni IQ tahap paling rendah sekali... budak tadika pun lagi bijak dari diorang... Hahahaha...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??