Sunday, 3 March 2013

NASIHAT DARI PDRM/ATM !!! PELAYAR INTERNET JANGAN JADI PENYUMBANG ANGKA KORBAN WIRA NEGARA !!!


Tolong jangan update dekat facebook kalau ternampak PDRM/ATM tengah buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana.


Percuma sahaja penceroboh dapat info !!! 

Senang-senang sahaja anggota keselamatan kita akan diserang hendap.

Jika ada apa-apa simpan dalam hati dulu kerana mereka (puak penceroboh) sedang memerhati !!

Kepada rakyat Sabah, TOLONG jangan sebarkan maklumat di fb atau dimana-mana sekalipun apa yang anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah. 

Apa yang anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara. 

Tolong jangan merasa BANGGA dengan maklumat yang anda sebarkan.

Anda hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara.

Sekarang anda juga memegang amanah negara dengan tidak menyebarkan maklumat.

Pegang amanah itu erat-erat.

Update info pasal mangsa yang terkorban tak ada masalah atau pun update info agar setiap orang berhati-hati juga tiada masalah, tapi JANGAN UPDATE info mengenai pergerakan PDRM dan ATM di luar sana !!!

Okey, atas tadi tu nasihat dari PDRM dan ATM.

Bagi aku senang je, kepada semua jangan sebarkan apa-apa maklumat selagi PDRM tak keluarkan atau main-stream media tidak siarkan.

Jika kita melayar internet, jangan lupa bahawa puak penceroboh nate haram ni pun boleh juga melayar internet atau mendapat maklumat yang disiar di laman sosial.

Kalau korang tak mahu jadi punca, penyebab dan penyumbang kepada kematian anggota keselamatan kita yang sedang bertugas sekarang ni di Sabah, jangan lah jadi bodoh dan bagitahu satu dunia apa yang PDRM dan ATM sedang buat.

Diam-diam sudahlah...

Pelik juga kan bila wira negara kita ni gugur diserang hendap.

So, stop lah semua tindakan menyebarkan maklumat dan pergerakan PDRM dan ATM.

Apa yang korang buat tu cuma mendatangkan bahaya kepada wira negara kita yang sedang bertugas.

Melainkan korang yang buat macam tu memang tali barut PENJAJAH ni.

Semoga Allah lindungi wira-wira negara kita yang sedang bertugas... Amin.. Amin.. Ya Rabbal Al Amin...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??