Saturday 27 April 2013

PERGH !!! CALON PEMBANGKANG SUKA IKUT STYLE AZMIN AISKRIM !!! #PRU13


Sitarunisah

Hari ini, telah masuk hari keenam musim berkempen untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13, bermakna telah enam hari penulis membuat liputan sekitar Parlimen Pekan (P085), DUN Pulau Manis (N20), DUN Peramu Jaya (N21), DUN Chini (N22) dan DUN Bebar (N23).


Semalam, penulis telah meluangkan masa sepanjang petang di DUN Chini, iaitu di FELDA Chini 3 dan perkampungan Orang Asli di Kampung Patah Jelutung, Batu Goh.

Sempat juga penulis mencuri masa untuk beramah mesra dengan penuduk tempatan.

Banyak maklumat yang disampaikan oleh penduduk tempatan kepada penulis dalam sembang santai penulis bersama penduduk tempatan yang merupakan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Antara maklumat yang diperolehi yang ingin penulis kongsikan disini adalah berkaitan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dari kem pembangkang iaitu Sitarunisah Ab Kadir dari parti PKR.

Menurut penduduk tempatan, Sitarunisah adalah anak jati FELDA Chini dan merupakan anak peneroka FELDA.

Setelah mengecapi segala kesenangan dan kemudahan dari Kerajaan dan FELDA, Sitarunisah memilih untuk “menggigit” pihak-pihak yang pernah membantunya dan keluarga.

Dari sumber yang penulis temui, keluarga Sitarunisah tidak merestui “jalan” politik yang dipilih oleh Sitarunisah.

Ibunya membantah keras bilamana Sitarunisah menyatakan hasrat untuk menentang calon Barisan Nasional di DUN Chini atas tiket komponen parti pembangkang (PKR).

Namun, bantahan ibunya tidak diendahkan langsung oleh Sitarunisah.

Selepas selesai proses penamaan calon pada 20 April lalu, maka telah pasti bahawa Sitarunisah mengekalkan pendiriannya untuk dicalonkan dalam PRU-13 dan bertanding atas tiket parti PKR menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar.

Sitarunisah bakal bertanding di kerusi DUN Chini yang telah dipegang oleh penyandang selama 2 penggal, Datuk Abu Bakar.

Sebaik sahaja ibunya mengetahui bahawa Sitarunisah sah sebagai calon DUN Chini atas tiket parti pembangkang, ibunya kini bergerak sebagai jentera Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Atau didalam maksud lain yang lebih tepat, ibunya kini menjadi jentera Barisan Nasional bagi memastikan “kekalahan” Sitarunisah di kerusi Dewan Undangan Negeri Chini (N22).

Menurut sumber, ibunya amat terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Sitarunisah dan nyata sekali kecewa dengan sikap “tidak mengenang budi” anaknya itu.

Sitarunisah boleh diibaratkan “Tanggang wanita” didalam PKR.

Pemimpin didalam PKR tidak pernah sunyi dari pelbagai spekulasi dan masalah adab serta moral.

Sikap menderhaka kepada ibubapa ini bukanlah kali pertama terjadi didalam PKR.

Malah “si Tanggang” yang cukup popular didalam PKR adalah Azmin Ali.

Kisah penderhakaan Azmin terhadap ibunya, bukan lagi rahsia, malah ibu Azmin sendiri pernah membuat kenyataan media berkaitan hal ini.

Malah, isu penderhakaan Azmin ini mendapat pendedahan meluas di semua medium berita cetak mahupun atas talian dan juga media sosial.

Dan kini, calon PKR DUN Chini, Sitarunisah pula mengikut jejak langkah Azmin yang menderhaka kepada ibu.

Apakah ini bakal menjadi “trend” para anak-anak jika pembangkang mendapat mandat memerintah ?

Adakah budaya menderhaka kepada ibubapa bakal menjadi tradisi generasi baru di Malaysia jika pembangkang diberikan kepercayaan untuk mewarisi tampuk pemerintahan negara ?

Tidakkah ianya ibarat “mengharap pagar, pagar makan padi” ?

Selanjutnya... baca di www.parlimenpekan.com...


2 comments:

  1. Keganasan penyokong Pas di rakam...saksikan di ------------>>>>>Ohpilihanrayaku

    ReplyDelete
  2. Hadi Awang akan jadi Har Di We, Anwar jadi Tony An War, Nik Aziz jadi Nicky Ar Ri.

    Kemudian pi kuil / tokong / gereja / masjid dengan lim kit siang dengan Karpal...... kalimah ALLAH masa tu dah tergantung dimana-mana.....

    Kemudian ramai-ramai tenguk video seks dan gelak-gelak tenguk peliaq besar dengan perut buncit. Kemudian jerit... pukimak, ayoyo... aiya!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??