Wednesday, 17 April 2013

#PRU13 HADI BAWANG HASRAT TARIK DIRI KERANA TAKUT MALU KALAH DITANGAN YAHYA KHATIB ?!!




Sempena PRU-13 ini, PAS boleh mengucapkan selamat tinggal pada angan-angannya untuk menawan kembali Terengganu meskipun semenjak pasca PRU-12 2008 parti itu agak aggresif memanipulasi masalah kepuakan dalam UMNO Terengganu.



Dalam keadaan di mana UMNO Negeri semakin mantap perpaduannya dan para panglima serta anak buahnya sepakat mengenepikan sengketa sesama sendiri, sukar sekali untuk PAS mengambil kesempatan untuk mengulangi sejarah PRU-10 1999 dulu.

Menyedari hakikat itu, tidaklah pelik apabila PAS kini lebih memfokuskan usaha untuk mempertahankan Parlimen Marang demi menjaga maruah Presidennya, Abdul Hadi Awang bagi mengetepikan tanggapan umum bahawa pengaruh Hadi kian luput di kalangan rakyat Terengganu.

Pada PRU-12 2008 yang lalu, Hadi bernasib baik berjaya menawan semula Parlimen Marang menjadikan ia satu-satunya kerusi parlimen yang dikuasai PAS di Terengganu. 

Itu pun majoriti kemenangannya hanya dengan kelebihan 2,747 undi sahaja.

Sebelumnya PRU-11 2004, Hadi tewas di tangan Giant Killer, Datuk Abdul Rahman Bakar. 

Satu sejarah hitam yang hingga saat ini sukar diterima hakikatnya oleh PAS.

Pada PRU-13 ini pula pencabar Hadi ialah Datuk Yahya Khatib, yang merupakan EXCO Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita diyakini bakal mengulangi sejarah hitam yang pernah dialami Presiden PAS itu pada PRU-11 2004.

Pertarungan di Parlimen Marang pada PRU-13 ini antara Hadi dengan Yahya boleh diumpamakan seperti gergasi melawan kancil, secara kasar ia kelihatan condong memihak kepada Hadi tapi realiti semasa tidak sebegitu.

Dengan track rekod Yahya yang berjaya menurunkan peratusan kadar kemiskinan di kalangan rakyat Terengganu, di samping aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta mempunyai hubungan mesra dengan penduduk setempat, jelas sekali beliau adalah sandaran terbaik untuk BN merampas semula Parlimen Marang.

Hadi yang berbekalkan kemenangan majoriti 2,747 undi pada PRU-12 sukar untuk meningkatkan sokongan pengundi kali ini apatah lagi sejak akhir-akhir ini semakin ramai ahli dan penyokong PAS beralih arah dan mula mendekatkan diri dengan UMNO termasuklah di kubu kuatnya dalam DUN Rhu Rendang.

Semua empat DUN dalam Parlimen Marang menunjukkan aliran sokongan pengundi berpihak kepada BN, malah para pengundi baru termasuk mereka yang merupakan anak kepada penyokong kuat PAS pun cenderung untuk menyokong UMNO dan mengundi BN.

Jika senario semasa dijadikan sandaran menilai kedudukan BN dan PAS, nyata Yahya berada dalam posisi yang baik untuk membenamkan Hadi sekaligus bakal digelar sebagai Giant Killer yang baru.

Seandainya ia menjadi kenyataan, selepas PRU-13 pastinya Hadi bakal berdepan dengan kemelut dalaman parti yang parah dan menjadi titik noktah kepada hayat politiknya kelak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??