Thursday, 18 April 2013

#PRU13 RAJA GOYANG MAKIN GOYANG !!! HA HA HA !!!


Sesuatu yang amat membuatkan Raja Goyang Malaysia dan angkatan pembangkang keseluruhannya teramat panik kebelakangan ini adalah satu fakta yang amat sukar untuk dinafikan walaupun oleh macai-macai 'keyboard warrior'nya.



Berperang dan bersilat mereka untuk nafikan apa yang telah DS Najib lakukan selama 4 tahun ini dan impak dari itu peningkatan sokongan rakyat.


Dalam ambang pilihan raya sebegini, ramai yang bertukar pekerjaan kepada tok nujum. 

Ramai yang menjadi ahli ramal bagi menentukan apa yang bakal terjadi pada pilihan raya kali ini. 

Sudah semestinya, pilihan raya kali ini pasti menjadi satu pilihan raya yang paling menarik. 

Ramai yang menjangkakan sebegitu ekoran pelbagai peristiwa dan kejadian yang terjadi kepada Malaysia ketika menjelang pilihan raya. 

Apa yang pasti, PM kita Datuk Seri Najib Razak sungguh optimis dan yakin bahawa BN akan menang besar dalam pilihan raya yang ke 13 ini. 

Beliau dilihat sangat bersedia dan yakin. 

Dalam satu temuramah bersama Straits Times dari Singapura, PM Datuk Seri Najib Razak sendiri berkata bahawa beliau yakin BN akan menang dalam PRU ini.

Sebagai seorang ketua kerajaan, semestinya beliau adalah seorang yang realistik dan relevan. 

Bermakna, jangkaan dan keyakinan beliau pasti ada sandarannya. 

Lihat sahajalah negara sejak berada di bawah pemerintahannya. 

Boleh dikatakan, gelaran Bapa Transformasi adalah paling cocok untuk insan bernama Najib Razak ini. 

Ini kerana, PM yakin agenda transformasi yang beliau bawakan selama ini diterima baik oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Banyak program yang dilancarkan adalah khusus untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat. 

Bantuan berbentuk kewangan, peluang perniagaan, pendidikan dan banyak lagi dilaksanakan dibawah Government Transformation Program (GTP) dan Economic Transformation Program (ETP). 

Ini adalah usaha dan buah fikiran PM bagi memastikan sosio ekonomi rakyat terjamin disamping menjaga kebajikan mereka. 

Rata-rata rakyat bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan kerana dapat meringankan beban mereka untuk menampung kos hidup seharian. 

Ini sekali gus menunjukkan penerimaan rakyat kepada BN khususnya PM yang banyak berusaha untuk memajukan negara. 

Jadi, tidak mustahil untuk BN menang dalam pilihan raya akan datang kerana mereka berkhidmat untuk rakyat. 

Bukan PM je yakin, rakyat rasanya pun yakin dengan kepimpinan Najib. 

Jadi, apa-apa pun, buatlah keputusan dengan tepat. 

Bijak dalam memilih. 

Selamat menunaikan tanggungjawab...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??