Thursday 25 April 2013

NAJIB PERTAHAN ISLAM, NIK AJIZ GADAI KALIMAH ALLAH, NUAR NAK BUDAYA SEKS BEBAS !!! #PRU13



Menyentuh mengenai pembangunan Islam, beliau berjanji akan terus menambah Sekolah Agama Rakyat, setakat hari ini lebih 800 juta jemaah haji telah berjaya melaksanakan rukun Islam yang terkahir itu, beliau turut akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan untuk terus mengembangkan syiar dan syariat Islam dengan menyediakan skim yang lebih baik.



Menurut beliau, dibawah pentadbiran Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan, sekolah agama menerima pelbagai bantuan manakala imam, bilal dan guru agama memperoleh pendapatan lebih baik.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil berat tentang peranan imam, guru takmir dan Kafa (Kelas Al Quran dan Fardu Ain) kerana kita sedar tugas dakwah bukanlah perkara mudah,” ujar beliau.

Mengambil contoh peranan besar imam dalam memartabatkan Islam, Najib berkata kerajaan telah menaikkan kadar imbuhan bulanan imam kepada RM750 sebulan dan bayaran itu selari dengan pertambahan tugas mereka yang semakin mencabar sebagai ejen penggerak utama masyarakat di peringkat akar umbi.

“Kita beraku janji untuk menjaga kebajikan para imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji. Kami juga akan meningkatkan jumlah biasiswa untuk pelajar-pelajar sekolah agama,” katanya.

Beliau turut menekankan betapa pentingnya menepati janji mengikut ajaran Islam.

“Apa yang penting bukan ucapan yang berapi, tetapi yang paling penting adalah mempunyai agenda pembangunan Islam yang mantap dan berapi serta perlaksanaan yang berkesan.”

Beliau berkata kerajaan tidak akan berdolak-dalik dalam soal agama atau mengorbankan prinsip Islam semata-semata untuk mendapatkan ‘mileage’ politik.

Kerajaan hari ini akan terus mempertahan prinsip-prinsip Islam termasuk mengenai penggunaan kalimah Allah walaupun ada pihak yang mempertikai tindakan yang dilakukan itu.

“Itulah sebabnya kita sentiasa mengekalkan pendirian kita mengenai penggunaan perkataan Allah… kebenaran tetap kebenaran.”

“Kita sentiasa mempertahan (penggunaan) kalimah Allah kerana kita percaya tindakan kita betul yang akhirnya Allah akan bantu kerana kita di pihak yang benar”, tambah beliau.

Najib menegaskan Barisan Nasional (BN) akan terus mempertahan prinsip- prinsip Islam termasuk berhubung kalimah Allah selain kaedah menangani insiden pencerobohan militan warga asing di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini, kerana tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu betul.

“Kita guna pendekatan penyelesaian secara damai tetapi apabila mereka ‘gigit tangan kita’ (serang), saya arahkan serang habis-habisan untuk pertahan kedaulatan negara, dan ini dibenarkan Islam”, ujar beliau merujuk insiden pencerobohan di Lahad datu.

Beliau turut mempersoal tindakan sesetengah pihak yang cuba mengeksploitasi isu-isu berkenaan demi kepentingan politik mereka dengan mereka pelbagai fitnah dan kenyataan yang menyakitkan hati pihak-pihak yang terlibat secara langsung didalam insiden berkenaan.

Selanjutnya.. BACA SINI...


1 comment:

  1. bro

    baca ni---> http://umat-akhir.blogspot.com/2013/04/nota-panel-untuk-kali-ini-buatlah.html?showComment=1366881337078#c6850871163627206339

    kalau rasa berguna, tolong la sebar

    -man-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??