Thursday, 25 April 2013

DEDAH !!! MENYAMAR MAHASISWA UNTUK BUAT KACAU !!! #PRU13


Dari pagi hari penamaan calon sehingga 21 April lalu, penulis telah mengikuti kesemua program calon Barisan Nasional bagi Parlimen Pekan, Dato’ Sri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.


Dari pemerhatian penulis, Dato’ Sri Najib cukup popular dan digemari oleh semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum.

Penduduk Parlimen Pekan ini tidak pernah melepaskan peluang untuk mendekati pemimpin nombor 1 negara kita.

Ketika mengikuti aktiviti dan program Dato’ Sri Najib, golongan muda atau lebih disebut generasi Y ini begitu teruja dengan kehadiran Dato’ Sri Najib.

Mereka ini tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu malah berebut-rebut ketika bersalaman dengan Dato’ Sri Najib.

Ternyata propaganda pembangkang yang mengatakan bahawa Dato’ Sri Najib tiada populariti dikalangan generasi baru ini tidak benar sama sekali.

Ketika Dato’ Sri Najib melaungkan perkataan “Satu”, anak-anak muda ini pantas menyambut dengan laungan balas “Malaysia”.

Mereka malah berbangga mengenakan t-shirt yang tertulis “NAJIB MY PM”.



Selepas hari penamaan calon setakat hari ini, Dato’ Sri Najib telah melawat 14 buah Pusat Daerah Mengundi (PDM) didalam kawasan Parlimen Pekan (P085) yang mana terdapat 4 buah DUN iaitu DUN Pulau Manis (N20), DUN Peramu Jaya (N21), DUN Chini (N22) dan DUN Bebar (N23).

Mengikut statistik setakat Jun 2011, jumlah pengundi golongan belia (21 tahun – 40 tahun) adalah seramai 43,258 orang di Parlimen Pekan.

89% daripada pengundi belia ini adalah berketurunan Melayu.

Pengundi belia yang paling tinggi adalah di DUN Peramu Jaya (N21) seramai 13,892, diikuti DUN Pulau Manis (N20) seramai 11,588 orang, DUN Chini (N22) 10,885 orang dan DUN Bebar (N23) seramai 6,893 orang.

Dari jumlah keseluruhannya 53% adalah pengundi beliawanis.


Ketika penulis mengikut Dato’ Sri Najib didalam semua sesi majlis dan lawatannya ke PDM yang dijadualkan, ternyata kekuatan sokongan anak muda yang menyokong BN telah meyakinkan Dato’ Sri Najib bahawa Parlimen Pekan bakal dimenanginya.

Namun, satu perkara yang agak menarik perhatian penulis pada hari penamaan calon, terlihat sekumpulan anak muda dikalangan penyokong yang menggelarkan diri mereka “mahasiswa” yang menolak kepimpinan Dato’ Sri Najib.



Setelah mendapat maklumat risikan dari warga tempatan dan membuat sedikit penyiasatan, rupa-rupanya kumpulan terbabit bukanlah mahasiswa dan mereka juga bukan anak tempatan.

Maklumat ini disahkan oleh sumber penduduk tempatan, malah atas inisiatif ingin tahu, sumber telah pergi mengintip pergerakan kumpulan yang kononnya mahasiswa itu sebaik terserempak kumpulan tersebut sedang makan di sebuah restoran.

Dalam perbualan kumpulan tersebut, ternyata mereka bukan anak tempatan malah mereka “diimport” khas untuk membuat kecoh dan memberikan impresi buruk kepada Dato’ Sri Najib pada hari penamaan calon.

Penulis faham, kumpulan yang menggelar diri mereka mahasiswa ini hanya bertujuan untuk menarik perhatian media yang sedang membuat liputan.

Menurut sumber, kumpulan ini menginap disebuah markas milik PAS.

Ternyata kumpulan yang kononnya mahasiswa itu datang ke hari penamaan Parlimen Pekan atas tajaan pembangkang hanya untuk menjalankan modus operandi yang biasa mereka lakukan sebelum-sebelum ini.

Sebelum pembubaran Parlimen pada 3 April lalu, bukankah golongan mahasiswa pembangkang ini yang beria-ia sangat untuk mencabar Dato’ Sri Najib di Parlimen Pekan pada PRU13 ?

Dimanakah kelibat kononnya mahasiswa mereka bakal menjadi calon wakil rakyat Parlimen Pekan ?

Inilah yang orang sekarang selalu sebut, “cakap berdegar-degar tapi habuk pun tak ada”.

Akhirnya, anak muda rosak yang kononnya mahasiswa ini tetap terus berada diatas jalanan, inilah sahaja tahap “level” mereka.




Mungkin pembangkang perlu meninjau bagaimana sambutan hangat dari golongan anak-anak muda disetiap program, majlis dan PDM yang Dato’ Sri Najib lawati.

Gigit jari sampai terputus sekiranya pencabar Dato’ Sri Najib melihat bagaimana anak-anak muda kelahiran Pekan ini menyambut Calon BN Parlimen Pekan dengan meriah dan laungan-laungan yang memberangsangkan.


Pembangkang perlu mencerminkan diri mereka, lihatlah sendiri bagaimana Dato’ Sri Najib diraikan anak-anak muda kelahiran Pekan, Pahang.

Ternyata, populariti Dato’ Sri Najib dikalangan anak muda amat memberangsangkan.

Beruntungnya anak muda kelahiran Pekan, Pahang ini yang wakil rakyat mereka adalah Perdana Menteri Malaysia.

Dan kerana itulah anak-anak muda ini amat teruja bila dapat bersama Dato’ Sri Najib, malah mereka amat berbangga bilamana Ahli Parlimen mereka adalah Perdana Menteri Malaysia.

Oleh itu, pembangkang tidak perlu untuk menyusahkan diri mereka dengan memfitnah Dato’ Sri Najib kononnya anak muda tempatan menolak kepimpinan Dato’ Sri Najib.

Datang dan lihatlah sendiri bagaimana sambutan anak-anak muda terhadap Dato’ Sri Najib.

Nampaknya, kemenangan Barisan Nasional di Parlimen Pekan adalah sesuatu yang amat munasabah dan hampir pasti.

Selanjutnya... BACA SINI...







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??