Sunday 21 April 2013

CALON PEMBANGKANG DUN PULAU MANIS TERKINCIT DI PEKAN !!!



Hari pertama (semalam) dalam tempoh berkempen, Calon Parlimen Pekan (P085) Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jaya Gading hari ini.


Ini merupakan lawatan ketiga beliau ke PDM dalam parlimen Pekan selepas PDM  Tanjung Medang dan PDM Peramu Jaya 3.

Hampir 200 orang yang turut hadir menyatakan sokongan kepada Dato’ Sri Najib di PDM Jaya Gading jam 4.30 petang tadi.

Dalam pertemuan bersama Ketua Bilik Gerakan DUN Pulau Manis, YB Khairuddin Mahmud telah membentangkan tentang kekuatan dan gerak gempur yang akan dilakukan bagi membantu calon BN disini.

Selain daripada itu YB Khairuddin juga memberitahu terdapat sejumlah 2210 pengundi yang akan disasarkan.

Manakala anggaran 900 orang pengundi atas pagar perlu di tarik untuk mendapatkan undi mereka.

Memandangkan situasi DUN Pulau Manis (N20) yang tidak terdapat apa-apa masalah berkaitan dengan calon, seperti masalah penerimaan pengundi kepada calon adalah tiada sama sekali.

Namun ini bukanlah bermakna jentera BN di PDM Jaya Gading sekaligus DUN Pulau Manis boleh mengambil mudah PRU kali ini.

Sebelum mangakhiri pertemuan dengan Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, YB Khairuddin menegaskan akan mempertingkatkan lagi usaha untuk menarik pengundi supaya jumlah majoriti menang pada pilihanraya umum kali ini akan lebih besar lagi.

Lagi... BACA SINI...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??