Tuesday, 16 April 2013

OMG !!! DR JUANDA MENYOKONG PLURALISME DAN LGBT ?!!



Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya membiarkan ramai pihak berteka-teki kedudukan dirinya menjelang pilihan raya umum kali ini. 


Khabar ini sehingga kini belum dinafikan oleh beliau. 

Tindakan Juanda membenarkan khabar angin dan gosip ini melingkungi dirinya sangat tidak wajar untuk beliau dan juga institusi mufti sendiri.

Sebagai seorang tokoh ilmuwan Islam muda yang diberi ruang begitu besar berada dalam jawatan Mufti, Dr Juanda sepatutnya menonojolkan ciri-ciri tawadduk, rendah diri dan jauh daripada kontroversi. 

Malangnya, Dr Juanda kelihatan begitu seronok membiarkan kontroversi ini berlanjutan sehingga menimbulkan pelbagai “fitnah”.

Sejak berminggu lalu terdapat spekulasi Dr Juanda akan meletak jawatan sebagai Mufti Perlis dan bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Kangar. 

Dr Juanda bukan sahaja tidak menafikan malah menambah api spekulasi dengan menyatakan beliau sedang menimbang pelbagai pilihan.

Sebagai seorang yang telah diberi tanggungjawab besar menyebarkan dan menjaga syariat Islam di Perlis, keterujaan Juanda untuk menjadi calon dalam pilihan raya sangat-sangat menakjubkan. 

Malah lebih menghairankan kesanggupan Juanda untuk menjadi calok PKR, parti yang terpalit dan tercemar teruk dengan imej moral pemimpin nombor satunya.

Malahan tindakan Juanda tidak menjauhkan diri dari spekluasi beliau dengan PKR menimbulkan tanda tanya. 

Apakah Mufti Perlis ini merelakan pelbagai perbuatan Anwar Ibrahim termasuk menyokong kalimah Allah menggantikan perkataan Tuhan dalam Bible bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.

Dr Juanda harus sedar Anwar hanya mahu mempergunakan beliau untuk memulihkkan imej moralnya yang teruk tercemar. 

Anwar sudah tidak dipercayai ulama-ulama Pas kecuali Nik aziz dan Hadi Awang. 

Tindakan Harun Din dan Harun Taib menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri Pakatan banyak menjejaskan imej Islam Anwar.

Malahan kritikan keras Dr. Sidek Baba terhadap Anwar sebagai pemimpin politik yang membawa ideologi pluralisme dan tidak boleh dipercayai benar-benar menjejaskan imej kepimpinan Islam Anwar. 

Justeru Anwar Ibrahim memerlukan tokoh agama yang boleh membantu memulihkan imej beliau.

Setelah bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdin enggan menjadi budak politik Anwar, beliau menoleh kepada Juanda sebagai satu lagi alat memulihkan imej Islamik beliau.

Yang sangat malang, Dr Juanda membenarkan Anwar memanipulasi kedudukannya sehingga turut mengheretkan maruah dan martabat institusi mufti Perlis dalam pergelutan politik.

Dr Juanda mungkin tidak berpuas hati kepada orang tertentu di dalam UMNO. 

Tapi apakah menyertai PKR boleh menyelesaikan isu tersebut atau sekadar mahu tunjuk siapa yang lebih berpengaruh ?

Muhasabahlah Dr Juanda. 

Adakah ego, kuasa dan isu peribadi lebih penting dari menjaga kehormatan dan kemuliaan institusi agama dan mufti ?

Jika mahu menyertai politik atas sebab marahkan UMNO pun sertailah Pas atau menyertai Datuk Hasan Ali bukannya membenarkan diri diperguna oleh Anwar Ibrahim yang jelas telah berhadapan pelbagai isu moral yang tidak terjawab. - MyKMU.net


1 comment:

  1. inilsh bukti ILMU DAN PENGETAHUAN GAGAL MENTARBIAH HATI DAN MINDA DIRI SENDIRI KRN DIRI SENDIRI, ORG2 TERDEKAT DAN ALLAH SHJ YG TAHU PUNCANYA....NAUZUBILLAH MINZALIKKKK

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??