Saturday, 13 April 2013

KOMPILASI VIDEO 18SX PEMIMPIN PAKATAN HARAM !!! FULL VERSION !!!



Eh eh... Banyak betul video seks puak pakatan haram ni ye...!!!


Huk aloh... Pok Nik kato 'bideo besi' jah... Hahaha...

Orang 'putih' kata, "what you give, you'll get back"... "what comes around, goes around"... 

Orang tua-tua kata, "hukum karma"...

Aku kata, "padan muka"... hahaha...

Hampir sedekad yang lalu, kolumnis Massa, Baharom Mahusin, menulis yang lebih kurangnya begini, “bahawa budaya politik kurang ajar, biadap dan lucah dalam kempen politik disuburkan oleh pembangkang dan diikuti oleh penyokong UMNO.”

Beliau menulis demikian ketika mengulas senarai undian laman ini mengenai tindakan penyokong Pas membakar trak polis di ceramah Pas di Kampung Kubang Bot, Kuala Ketil, Kedah pada tahun 2002.

Hari ini, Majalah Massa yang terkenal suatu ketika dahulu telah “mati” bersama budaya politik murni yang cuba diterapkan oleh Baharom Mahusin.

Namun isu kurang ajar, biadap dan lucah yang dimulakan oleh laman-laman pro-Anwar seperti Mahazalim, Mahafiraun dan disambut oleh Mykmu.net (dulunya dikenali sebagai kmu.net.my) masih berterusan.

Yang berbeza hanyalah pemainnya. 

Jika dahulu ada Mykmu, Mahazalim, Tranungkite, Mahafiraun, sekarang kita ada Parpukari, Papagomo, Rbfonline, Medan Info Kita, Milo Suam dan lain-lain. 

Jika dulu paling hebat pun hanyalah video Anwar Ibrahim menari, Anwar Ibrahim menipu kononnya sakit; hari ini ‘Anwar Ibrahim’ berbogel pun sudah masuk ke dalam ruang siber.

Ini adalah budaya yang sangat kasar, biadap dan tidak bertamadun. 

Saya sangat-sangat tidak bersetuju dengan budaya ini. 

Saya percaya mykmu.net juga tidak bersetuju, kerana itulah mereka menarik balik gambar individu yang menyerupai Setiausaha Agung Pas, Dato Mustapha Ali dalam portal ini.

Namun saya juga percaya apa yang dilakukan oleh penyokong UMNO hari ini di ruang siber adalah hasil didikan budaya politik kotor Pas, DAP dan PKR sejak berpuluh tahun lalu. 

Budaya tuduhan seks bukan perkara baru. 

Para penyokong UMNO terpaksa bertindak balas terhadap tuduhan dan fitnah melampau yang dilontarkan kepada Pakatan ke atas para pemimpin kami.

Pada 1990-an DAP menuduh Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, mempunyai hubungan seks dengan gadis bawah umur. 

Dengan sokongan oleh orang tertentu di dalam UMNO, Utusan Malaysia telah menyiarkan berita tersebut di muka hadapan. 

Seterusnya tuduhan ini tersebar di seantero dunia. 

Siapakah yang memulakan budaya ini ? DAP !

Ramai penganalisis politik percaya bahawa Anwar Ibrahim terbabit dalam komplot menjatuhkan Rahim. 

Tanpa Anwar yang menguasai Utusan Malaysia tidak mungkin Rahim akan diserang sedemikian rupa. 

Rahim terpaksa meletak jawatan, menanggung aib. 

Sungguhpun dihadapkan ke Mahkamah dan dibebaskan, hanya selepas Anwar Ibrahim dipecat, barulah gadis terbabit muncul menafikan tuduhan tersebut.

Ketika itu, tiada empat saksi, tiada rakaman video besi, tiada air mani; tetapi penyokong Pas memilih untuk mempercayainya. 

Jika kena atas kepala pemimpin UMNO, cukup sekadar kenyataan lidah yang tidak bertulang untuk mengesahkan.

Sebaliknya, apabila Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan liwat dan seks luar tabie pada 1998, kenyataan bersumpah mangsa yang akil baligh dan waras tidak diterima oleh mereka. 

Air mani yang ada di atas tilam juga tidak cukup kepada mereka. 

Hanya kerana Anwar berada dalam kumpulan mereka ketika itu, semuanya mesti memenuhi syarat kesaksian yang ketat.

Allah maha kuasa, pada tahun tahun 2000, Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abu Hassan Omar dituduh mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya sehingga mempunyai anak luar nikah. 

Abu Hassan menafikan ini. 

Suami adik ipar Abu Hassan, seorang mualaf yang menggunakan nama Abu Hassan, juga menafikannya. 

Namun Pas memilih untuk terus berceramah dan menulis membelasah Abu Hassan sebagai pemimpin UMNO yang bergelumang maksiat.

Abu Hassan mengambil pendirian keluarga lebih utama daripada kerjaya politik beliau. 

Beliau memilih untuk tidak lagi membenarkan anak-anakynya dan anak-anak adik iparnya menjadi mangsa politik jahat dan memalukan yang dijalankan oleh Pas, Dap dan PKR ketika itu. 

Akhirnya beliau meletak jawatan.

Tidak pula ketika itu ketiga-tiga parti ini meminta sebarang bukti mahu pun saksi seperti mana yang dituntut oleh syariat Islam. 

Lihat betapa hipokritnya manusia-manusia Islam di dalam Pas dan PKR.

Kemudiannya sekitar tahun 2006, giliran Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pula menjadi mangsa. 

Beliau dituduh mempunyai hubungan sulit dan kemudiannya membunuh seorang gadis warga Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

Ketika ini Pas, PKR dan DAP sekali lagi menjadi juara menuduh dan memfitnah Perdana Menteri. 

Seluruh negara mereka berceramah membuat tuduhan tersebut. 

Sekali lagi mereka tidak memerlukan sebarang saksi mahu pun bukti untuk mengesahkan tuduhan mereka. 

Malah lebih teruk, Ketua Penerangan PKR ketika itu, Tian Chua telah menerbitkan sekeping gambar “superimpose” menunjukkan Najib sedang makan malam bersama Altantuya dan Razak Baginda.

Biarpun Mohd Najib telah bersumpah bahawa beliau tifdak mengenali wanita tersebut, Pas sebagai parti memperjuangkan Islam langsung tidak peduli. 

Politik “character assassination” tetap diutamakan tanpa mengambil peduli pesanan agama.

Kemudian pada 2008, muncul pula rakaman video hubungan sulit Datuk Seri Chua Soi Lek dengan perempuan simpanannya.  

Sekali lagi tiga sekawan ini (Pas, Dap dan PKR) mendesak Chua Soi Lek meletak jawatan walaupun rakaman video tersebut sangat rendah kualiti dan tidak begitu jelas. 

Soi Lek sebagai lelaki dengan berani mengakui rakaman tersebut adalah dirinya. 

Beliau meletak jawatan. 

Sekali lagi kerana ia terkena pemimpin Barisan Nasional, mereka tidak perlukan sebarang saksi dan bukti yang konkrit.

Mungkin kerana Allah itu maha kuasa, sekali lagi kumpulan yang berlagak holier-than-thou ini ditunjukkan jalan kebenaran. 

Video klip Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita bukan isterinya tersebar melalui papagomo.com. 

Rakaman tersebut bukan sahaja jelas malah ada saksi dalam rakaman tersebut yang mengakui orang tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Saksi tersebut ialah Datuk Eskay, sahabat baik Anwar sendiri.

Sekali lagi kumpulan penjual agama dan moral ini menukar pendapat mereka sekelip mata. 

Rakaman video tidak boleh dijadikan bukti. 

Ia hanyalah besi.

Sekarang muncul lagi rakaman-rakaman video yang sangat menghairahkan dan lucah membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. 

Apakah para jurublog (bloggers) pro-UMNO “jahat dan kotor” kerana menyiarkannya ? 

Jika mereka ini bersalah apakah yang Pas, DAP dan PKR buat sejak berdekad yang lalu tidak salah ?

Menuduh orang tanpa bukti tidak salah, tetapi bila menyiarkan kejahatan, kerakusan dan kesyaitanan pemimpin Pakatan adalah salah ? 

Kami hanya mengikut rentak yang dipalu oleh pemimpin Islam dalam Pas dan PKR sahaja.

Mereka yang akan mengundi dalam pilihan raya akan datang tidak harus terpengaruh dengan usaha menagih simpati kononnya UMNO dan Barisan Nasional melakukan taktik kempen yang kotor dalam pilihan raya kali ini.

Hakikatnya, kami hanya belajar dari para pemimpin Pas, PKR dan DAP. 

Cuma kami memberi kebenaran, mereka memberi khabar angin. 

Para pejuang maya pro-BN hanya membalas balik apa yang pemimpin Pakatan lakukan kepada pemimpin BN sejak berdekad yang lalu. 

Adilkah menyalahkan Barisan Nasional atas budaya politik yang dicipta oleh Pakatan sendiri ?

Jika kita mahu membersihkan pilihan raya pada masa-masa akan datang dari taktik kotor dan lucah sebegini, rakyat harus mengundi Barisan Nasional dan  ‛menyahkan’ pemimpin hipokrit dalam Pakatan.

Muhasabahlah bahawa kemunculan video skandal seks terbaru membabitkan pemimpin Pakatan ini mungkin merupakan satu kifarah Allah terhadap mereka yang selama ini ‘membelasah’ moral pemimpin BN sehingga seolah-olah para pemimpin BN terutamanya UMNO ini begitu jijik, busuk dan hina dan mereka sesuci-suci manusia. - MyKMU.net

P/S: aku tak kata aku nak tayang video pun.. korang baca betul-betul tajuk atas tu... aku cuma tak masukkan perkataan "kronologi" jer... so, entri ini hanyalah "kronologi full version" kompilasi video-video lucah pemimpin pakatan haram yang tersebar selama ini...


1 comment:

  1. Baik sekali ulasan anda tetapi manusia maksum macam pakatan manaa pernah mengakui hakikat ini. Merekalah manusia -manusia suci akhir zaman...
    Allah maha kaya.. Subhanallah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??