Tuesday, 23 April 2013

AHLI UMNO KENA PECAT !!! UNDI HANYA UNTUK BN TIADA RUANG BUAT CALON BEBAS !!!


61 ahli UMNO hari ini dipecat serta-merta kerana bertanding sebagai calon bebas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13.


Bekas Naib Ketua Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim adalah antara yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Turut dipecat, Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor.

Pemecatan itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin UMNO melalui pengerusinya, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen.

Keputusan itu diambil selaras dengan Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan anggota UMNO yang bertanding sebagai calon Bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

Surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terbabit.

Nama lain yang dipecat adalah - Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding Kerusi Parlimen Sepang.

Datuk Suhaimi adalah antara tiga calon yang menentang penyandang Parlimen Sepang, Datuk Seri Md Zin Mohamed.

Turut dipecat, Datu Badaruddin Tun Mustapha kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang.

Dan Fadzil Hanafi - Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah yang juga Bekas ADUN BN selama dua penggal di DUN Alor Mengkudu.

Selain itu, tiga ahli UMNO akan dipanggil minggu ini bagi menjawab tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap merekakerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon sabtu lalu.

Untuk video KLIK SINI...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??