Saturday, 20 April 2013

PEKAN UNTUK BN !!! SOKONGAN BN MENINGKAT !!! #PRU13 #P085Pekan @NajibRazak



Calon Parlimen Pekan (P085), Datuk Seri Najib Tun Razak menerima berita gembira dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya (N21) di mana jumlah pengundi Barisan Nasional (BN) semakin meningkat.


Ketua Bilik Gerakan DUN Peramu Jaya, Hj. Abdul Ghani Abdullah memberitahu sebanyak 33.17% peningkatan dilaporkan sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Kata beliau, sebanyak 7,166 peningkatan sejak bulan Disember tahun lalu dicatatkan.

Justeru, peluang untuk calon DUN Peramu Jaya, Datuk Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali memenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei ini amat cerah.

“Nampaknya, jumlah pengundi semakin meningkat. Ini amat menggembirakan buat kita. Jadi, peratus untuk Datuk menang sangat tinggi,” kata Abdul Ghani dalam pembentangan jumlah daftar pemilih DUN Peramu Jaya di bilik gerakan sewaktu kunjungan rasmi Najib ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) hari ini.

Najib juga yakin Sheikh Mohmed juga akan menang besar dalam pilihan raya kali ini dan memuji peribadi Sheikh Mohmed yang rajin bekerja sebelum namanya tercalon untuk bertanding.

“Saya gembira dengan berita ini. Yakin BN akan menang di sini memandangkan (Sheikh Mohmed) seorang yang sangat rajin berkerja sebelum tercalon lagi,” katanya.

Jumlah pengundi berdaftar semasa PRU11 dicatatkan sebanyak 18,889 manakala dalam PRU12, sebanyak 21,603 dicatatkan.

Sehingga Disember 2012, jumlah pengundi BN yang tercatat adalah sebanyak 28,769.

Pagi tadi, Sheikh Mohmed disenaraikan sebagai calon untuk DUN Peramu Jaya dan berentap dengan calon bebas, Syed Mohd Fais Syed Azzemant serta calon PAS, Abu Kassim Manaf. 

[ SUMBER ]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??