Thursday 18 April 2013

PAS ITU HARAM !!! ULAMA TINGGALKAN PAS !!!


Sejarah penubuhan PAS dimulakan oleh para ulama yang kononnya berjuang menegakkan Islam di negara ini kerana menurut mereka kerajaan sedia ada pada ketika itu tidak menurut ajaran Islam sepenuhnya.


Situasi itu kini berubah apabila PAS kini dilihat tidak ubah seperti DAP dan PKR serta berjaya menipu rakyat kononnya parti mereka merupakan parti berkonsepkan Islam berdasarkan kepada nama parti tersebut. 

Penampilan pemimpin PAS yang kononnya warak dan zuhud melalui jubah dan serban juga menyumbang kepada kejayaan penipuan mereka.



Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan menjadi sejarah kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS apabila golongan agamawan dan cerdik pandai agama tidak lagi menjadi tulang belakang PAS, sebaliknya bertukar arah kepada UMNO kerana mereka kecewa dengan pendirian PAS yang telah berubah.

Sebaliknya mereka melihat UMNO sahaja yang kini berpegang kepada ajaran Islam sebenar tanpa menggunakan agama untuk tujuan politik peribadi. 

Golongan alim ulama dan cerdik pandai sudah celik mata. 

Mereka sedar bahawa PAS sekadar mempergunakan Islam demi politik kotor.



Golongan yang dulunya dikenali sebagai penyokong tegar PAS kini dilihat menyertai majlis UMNO dan menjauhi parti berlabel Islam itu menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pangkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS kini kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Trend penyokong pembangkang khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini menyertai UMNO jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan PAS.

Mereka yang pada pilihan raya umum sebelum ini begitu kuat dan setia membantu PAS kini menyesal sebaliknya membantu jentera BN dan UMNO demi mahu menegakkan Islam dengan cara yang diredhai Allah. 

Antara kumpulan berkenaan yang bersepakat bersatu menggembleng tenaga membantu UMNO termasuklah Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).



Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). 

Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang. 

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. 

Kesemua mereka kini bersatu dengan UMNO yang di label murtad dan amalan tidak diterima Allah kerana meninggalkan Islam oleh Nik Aziz.

Demi kepentingan agama, bangsa, dan negara, kumpulan ulama ini nekad menjauhi PAS sebaliknya merapati UMNO dan BN. 

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.



Bukan setakat Kelantan, di kawasan-kawasan lain turut dilihat golongan ulama ini merpati UMNO, termasuk di Puchong, apabila 80 penyokong tegar PAS di kawasan itu menyertai UMNO sekali gus menubuhkan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf. 

Alim ulama dan cerdik pandai tidak lagi menyokong PAS ekoran kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP dan PKR.

Pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini. 

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak yang penting kearah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

Nik Aziz terpaksa menerima hakikat bahawa Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk persemadian pemimpin-pemimpin PAS.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??