Adakah LYNAS benar-benar selamat ? Adakah benar apa yang diperkatakan oleh MP dari PAS tu benar ?
Mula-mula sekali aku nak minta maaf ! Sorry ye LYNAS !
Sepatutnya aku dedahkan maklumat penting ini hujung tahun lepas sebaik aku terima semua dokumen ni, tapi masa tu kes ni pun dah senyap.
Aku akan mengupas tentang perihal sebenar yang LYNAS sembunyikan. Atau lebih tepat lagi mungkin maklumat tidak sampai kepada rakyat.
LYNAS ADALAH TELUS
Yang sebenarnya, LYNAS adalah isu technical dan bukannya isu politik. Maklumat LYNAS adalah berdasarkan fakta saintifik yang boleh diuji dan dibuktikan. Malah LYNAS amat mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang BERKELAYAKAN bagi menyemak laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar. Selain itu, pihak LYNAS turut mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang BERKELAYAKAN untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri.
* persoalan, adakah Fuziah Toron berkelayakan ? Adakah Anwar Israel berkelayakan ? Adakah Gaun Eng NENEN berkelayakan ?
KILANG LYNAS TIDAK MERBAHAYA KEPADA ORANG AWAM, PERSEKITARAN DAN PEKERJANYA
Untuk sibangang yang diluar sana yang sedang meroyan sekarang ini dan mungkin dalam rangkaan rancangan menerbitkan filem ikan-ikan dicat, sayuran yang dicat atau mungkin dia sendiri yang akan mandi cat bagi memfitnah LYNAS tidak selamat sila tambah sikit ilmu tu walaupun kita semua tahu korang tu bukan lah dalam kategori BERKELAYAKAN !
Untuk pengetahuan semua, kilang LYNAS BUKAN KILANG NUKLEAR seperti yang digembar gemburkan puak-puak Pakatan Haram Jadah. LYNAS hanyalah kilang kimia yang biasa sepertimana terdapat di Penang yang diusahakan oleh Ah Beng Sepet DAPigs ! Erkk... Kena tutup juga lah kan kalau macam tu.
Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah LYNAS adalah BUKAN bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah amat rendah dibawah paras yang ditetapkan.
Dedahan radiasi kepada orang awam adalah TERAMAT RENDAH. Rujuk carta dibawah.
|
CARTA 1 |
Pelepasan air dan udara dari kilang LYNAS TIDAK ada bahan radioaktif. Kilang LYNAS ni sebenarnya adalah sebuah kilang yang berteknologi tinggi dan MEMATUHI undang-undang antarabangsa dan Malaysia.
APAKAH ANGKA DEDAHAN RADIASI YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN MANUSIA ?
Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berkenaan had dedahan radiasi kepada manusia :
- orang awam : tidak melebihi 1.0 mSv/setahun
- pekerja sinaran : tidak melebihi 20 mSv/setahun
|
CARTA 2 |
ADAKAH LYNAS SAMA DENGAN ASIAN RARE EARTH (ARE) BUKIT MERAH ?
Jawapannya TIDAK SAMA !
Bahan mentah Kilang ARE di Bukit Merah adalah bahan buangan industri bijih timah atau senang cerita tahi bijih (bukan tahi hidung). Manakala bahan mentah LYNAS adalah dari lombong dan BUKAN BAHAN BUANGAN !
Kandungan radioaktif bahan mentah LYNAS seperti yang aku sebut diawal tadi adalah terlalu rendah malah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bukit Merah.
Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bukit Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari LYNAS ! Manakala kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari LYNAS.
KENAPA LYNAS MEMILIH UNTUK MEMBUKA KILANG DI GEBENG ?
Kenapa tidak Australia ?
Sebenarnya, LYNAS telah pun mendapat kelulusan untuk membina kilang di Australia. Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat adalah tidak komersial kerana kos yang tinggi dan facility yang serba kekurangan iaitu kemudahan asas seperti air, gas asli dan juga bahan kimia.
|
Kelulusan EPA bagi cadangan pembinaan Kilang Ashton (LYNAS) Rare Earth di Australia |
Kenapa tidak China ?
Sepertimana Australia, LYNAS telah mendapat kelulusan untuk membina kilang di China. Namun begitu, leceh China ni sebab banyak songeh. China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk logam nadir.
|
Kelulusan EIA bagi cadangan pembinaan Kilang Rare Earth di China |
Kenapa tidak Kemaman ?
LYNAS telah pun dapat kelulusan bagi membina kilang di Kemaman, Terengganu. Tapi, sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan kepada LYNAS untuk bertukar kawasan ke Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang.
|
Kelulusan EIA bagi cadangan pembinaan Kilang LYNAS di Kemaman, Terengganu |
Kenapa Gebeng ?
Sudah semestinya sepertimana 3 lokasi diatas, LYNAS telah mendapatkan kelulusan untuk membina kilang di Gebeng. Faktor kemudahan asas yang mendorong LYNAS untuk membina kilang di Gebeng antaranya adalah kemudahan pelabuhan yang berdekatan, bekalan gas asli yang sedia ada, bekalan bahan kimia yang sedia ada dan bekalan air yang mencukupi (tidak seperti Kelantan dan Selangor). Selain itu, faktor tenaga kerja mahir yang mudah didapati dan juga kerana kos operasi yang kompetitif secara global.
|
Kelulusan Jabatan Alam Sekitar bagi Kilang LYNAS di Kawasan Perindustrian Gebeng |
|
Lesen Lembaga Tenaga Atom Malaysia bagi Kilang LYNAS Gebeng |
PENGURUSAN BAHAN SISA
Bahan sisa LYNAS mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak mendatangkan bahaya kepada orang awam, alam sekitar dan pekerja. Dedahan sinaran dari bahan sisa keatas orang awam adalah TERAMAT RENDAH SEKALI (rujuk CARTA 1 dan CARTA 2).
Walaupun bahan sisa ini tidak merbahaya, pihak berkuasa telah mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain. Melalui makmal antarabangsa, LYNAS telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif didalam sisa.
Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk membuat jalan.
PENGURUSAN BAHAN SISA - SENARIO TERBURUK
Senario terburuk adalah jika bahan sisa ini tidak dapat digunapakai semula. Ianya boleh ditangani dengan salah satu daripada cara berikut;
- Bahan sisa ini akan dicairkan (dilute) dengan bahan lain atau tanah biasa untuk menjadikannya neutral, bahan bukan radioaktif (takrif antarabangsa kurang dari 1 Bq/g adalah bahan bukan radioaktif.. harap maklum ye Fuziah Toron). Bahan campuran ini boleh digunakan untuk apa-apa aplikasi yang berfaedah.
ATAU
- Bahan sisa ini akan disimpan dengan selamat di tempat simpanan sisa kekal yang direkabentuk mengikut standard antarabangsa setelah mendapat kelulusan dari AELB dan DOE.
PELEPASAN UDARA
Kalau Fuziah Toron, dia cuma tahu pelepasan udara pungkoq je...
LYNAS mempunyai Waste Gas Treatment System (Sistem Rawatan Pelepasan Udara) yang mempunyai 5 peringkat tapisan untuk memastikan pelepasan udara adalah selamat. Walaupun begitu, amat sukar menapis mulut Fuziah Toron yang sedang gila meroyan !
Tahap radioaktif yang dikeluarkan adalah amat rendah hingga sukar untuk dikesan. Bahan-bahan yang diproses di LYNAS tidak mengandungi Uranium. Ianya hanya mengandungi Thorium yang mempunyai kadar radioaktif yang amat rendah.
Disebabkan kadar radioaktif Thorium yang amat rendah, maka gas Thoron (adik beradik kepada Fuziah Toron kot..) yang mempunyai jangka separuh hayat hanya 55.6 saat yang dihasilkan juga amat rendah.
Pendedahan radiasi di pinggir pagar kilang LYNAS adalah 0.002 mSv/tahun. Kalau nak dibandingkan tengok TV selama 4 jam yang kadar radiasinya 10 kali lebih tinggi dari LYNAS, aku rasa Fuziah Toron tak de TV plasma kat rumah ! Mungkin Fuziah Toron tak ada telefon bimbit, I-Pad dan juga tak pernah jumpa laptop !
Untuk mengesahkan dan memantau kualiti pelepasan udara, LYNAS telah memasang Airborne Monitoring System (AMS) di tapak kilang dan akan memasang 1 unit lagi di bandar Kuantan.
PELEPASAN AIR
Pelepasan air ni bukan bermaksud Fuziah Toron buang air kecil walaupun seluruh dunia kot dah tahu dia ni memang kuat kencing !
Proses LYNAS akan membuatkan Thorium tidak larut dalam air (hatta air kencing si Fuziah Toron sekali pun). Thorium didalam bentuk pepejal akan ditapis oleh Filter Press. Air yang diasingkan tidak mengadungi Thorium dan air ini akan dirawar di Waste Water Treatment Plant (tempat rawatan sisa air).
Air yang telah dirawat tidak mengandungi bahan-bahan radioaktif serta memenuhi 32 parameter yang ditetapkan oleh DOE sebelum dilepaskan ke Sungai Balok. Kualiti air yang telah dirawat memenuhi piawaian World Health Organization (WHO).
Tadi ada seekor nate bewak mati-mati meroyan di Facebook menyatakan bahawa China kilang tunggal rare earth seperti LYNAS. Oleh itu, aku nak bagitahu dimana lagi ada kilang rare earth seperti LYNAS ni.
PROSESAN SEPENUH
- Molycorp di California, Amerika Syarikat
- Indian Rare Earth di India
- Solikampsk di Russia
- Silmet di Estonia (Eropah)
PROSESAN SEPARA
- Rhoda di Perancis
- Shin Etsu di Jepun
- Nippon Yttrium di Jepun
KILANG-KILANG YANG DIDALAM PERANCANGAN
- Arafura di Whayalla Australia
- Great Western Minerals di Steenkampskraal South Africa
- Avalon Rare Metal di Thor Lake Canada
- Alkane di Dubbo New South Wales Australia
* kalau ada lagi yang mana aku tertinggal, korang boleh listkan di komen ye.
Akhir sekali aku nak minta maaf sekali lagi ! Sorry ye pihak LYNAS. Tajuk agak mencabar sikit. Hahahaha...
Ikuti sambungan dalam entri pendek dan ringkas akan datang tentang faedah-faedah yang baik untuk Malaysia dan rakyat tempatan dengan adanya Kilang Lynas di Malaysia khususnya di Gebeng, Kuantan, Pahang.
Pssssttttt... makin meroyan dan diluar kawalan tapisan la si Fuziah Toron ! Anwar Israel dah kena mutasi dan Gaun Eng NENEN dah mutasi incredible hulk ! Hahahaha....