Sunday 19 February 2012

TRANSFORMASI VS REFORMASI !!! TOLAK PAKATAN HARAM JADAH !!!

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan buku cerita kepada kanak-kanak Tabika Kemas selepas merasmikan Kuarters Jabatan Kerja Raya Batu 4 1/2 Jalan Sungai Besi, semalam.

Rakyat perlu memilih antara transformasi dibawa Barisan Nasional (BN) untuk kesejahteraan atau reformasi jalanan didukung pembangkang yang boleh menjejaskan keselamatan dan merencatkan pembangunan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, rakyat wajar membuat pilihan yang betul pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13) bagi memastikan kemajuan dan kemakmuran yang berkekalan untuk negara ini.

“Buat keputusan yang tepat. Anda kini berada di persimpangan dan ambil jalan yang betul. Jika anda memilih jalan yang tepat, saya pasti kita akan mampu merubah Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, bukti nyata sudah jelas dinikmati rakyat kerana transformasi dilaksana kerajaan ternyata jauh lebih baik sehingga berjaya mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan rakyat pelbagai kaum menikmati kemakmuran dan kesejahteraan berdasarkan prinsip keadilan sosial.

“Transformasi jauh lebih baik daripada reformasi anjuran pembangkang yang memilih mengemukakan tuntutan perubahan menerusi demonstrasi jalanan sehingga mencetuskan keadaan huru-hara dan tidak menentu. Sebaliknya, kerajaan melaksanakan transformasi berhemah, sistematik dan teratur.

“Rakyat pasti tidak akan mendapat manfaat jika negara huru-hara. Usahkan huru-hara, dalam keadaan (negara) yang tidak menentukan atau tidak stabil saja pun, cukup untuk menggoncang pasaran saham yang mengakibatkan pelabur mengalami kerugian besar,” katanya berucap merasmikan persidangan ‘Cina Malaysia Di Persimpangan Politik’ anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan badan pemikir MCA, INSAP di sini, semalam. 

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Datuk Dr Michael Yeoh dan Pengerusi Institut Kajian Dasar dan Analisis Strategik (INSAP), Tan Sri Dr Fong Chan Onn.

“BN akan menjadi tunjang negara, kita akan berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi,” katanya menambah, pilihan raya akan datang, bukan untuk dirinya, tetapi demi masa depan negara.

“Dengan mandat anda, saya berikrar akan berusaha sedaya upaya menjadikan Malaysia negara yang gemilang. Saya mendengar (kehendak rakyat)... saya mendengar dan akan melipatkan gandakan usaha jika terus mendapat sokongan rakyat.

“Saya sudah mendapat mandat daripada UMNO dan BN. Kini saya mahu mendapatkan mandat daripada seluruh rakyat buat kali pertama,” katanya yang dilantik menjadi perdana menteri pada 2009.

Perdana Menteri berkata, semua dasar yang dilaksanakan kerajaan adalah hasil keprihatinan dan kesediaan kerajaan mendengar serta merasai denyut nadi rakyat, baik tuntutan kaum Cina atau Melayu dan India yang agak ketinggalan dalam sektor ekonomi. - BHOnline



1 comment:

  1. Nak tolak apa pun boleh.Tapi homo cun tak sanggup menolak bontot.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??