Monday 21 January 2013

KERAJAAN BANTU PENDIDIKAN MASYARAKAT INDIA !!! PAKATAN TAK PERNAH PEDULI !!!


Sekolah Tamil

Program ‘skim penyelamat’ kendalian Sri Murugan Centre (SMC) telah mula menunjukkan hasil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, perkara itu boleh dilihat apabila sekolah Ladang Mayfield yang terlibat dalam program itu menunjukkan peningkatan mendadak dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Program perintis ini telah menunjukkan hasil apabila satu daripada 16 buah sekolah yang terlibat telah menunjukkan peningkatan mendadak daripada 43 peratus lulus kepada 83 peratus lulus dalam UPSR,” katanya pada Majlis Perasmian ‘Kalvi Pongal’ di Ladang Mayfield di sini hari ini.

Program ‘skim penyelamat’ yang diperkenalkan sejak setahun lalu melalui projek perintis bertujuan membantu pencapaian pendidikan dalam kalangan pelajar kaum India terutama di sekolah aliran Tamil yang ingin melanjutkan pelajaran di sekolah kebangsaan.

Menerusi skim itu semua pelajar daripada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) yang ditempatkan di dalam kelas peralihan sebelum memasuki tingkatan satu di sekolah kebangsaan akan diberi tuisyen khas.

Justeru, Nor Mohamed berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan program ‘skim penyelamat’ yang dikendalikan SMC sehingga penghujung tahun ini sebelum mengambil keputusan memperluaskannya ke seluruh negara. – mynewshub


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??