Saturday, 19 January 2013

MAT SABUN 121 DAN PAS PUNCA KAUM CINA MENOLAK PAKATAN HARAM !!!


Salam subuh semua...

Akhirnya berjaya juga I4TT update blog ini untuk edisi subuh dengan izin Allah walaupun teramat penat.

Seminggu sudah berlalu sejak berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu minggu lepas, namun hingga kini khalayak umum masih tercari-cari jawapan kenapa kehadiran masyarakat Cina di HKR #KL112 merosot dengan agak ketara.

Keadaan luar biasa itu jauh berbeza bila dibandingkan dengan penyertaan besar mereka semasa demonstrasi Bersih 3.0 pada April 2012 yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan di mana hampir separuh pesertanya adalah keturunan Cina.

Mungkinkah benar majoriti masyarakat Cina kini sudah beralih arah setelah menyedari pakatan pembangkang, PR hanyalah satu kerjasama longgar yang berpaut pada dahan rapuh yang tidak menjamin perubahan yang lebih baik berbanding BN ???

Persoalan ini menarik perhatian ramai kerana senario selepas PRU 12 2008, menyaksikan majoriti pengundi Cina dilihat lebih dekat dengan PR dan mereka dianggap sebagai aset utama yang membolehkan PR membina kekuatannya untuk berdepan dengan BN.

Bila mana HKR #KL112 yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu memperlihatkan senario berbeza di mana amat ketara kurangnya penglibatan orang Cina dari DAP dan PKR, ia tidak hanya menyebabkan khalayak umum tercenggang kehairanan malah dikalangan pimpinan PR sendiri garu kepala kepeningan.

Untuk merungkai persoalan ini, kompilasi info dari beberapa sumber dalaman PR yang menggariskan ringkasan faktor penyebab kegagalan HKR #KL112 menarik penglibatan besar orang Cina mungkin boleh memberi gambaran sebenar kenapa berlakunya keadaan sedemikian.

Pertama, kejadian 'silap pengiraan' undi semasa pemilihan CEC DAP seperti diumumkan pada minggu pertama tahun 2013 nyata memberi impak besar dalam menggugat kepercayaan masyarakat Cina terhadap integriti dan kredibiliti PR khususnya DAP.

Kedua, beberapa hari sebelum menjelang tahun baru 2013, PR melalui NGO proksinya yang didominasi penyonong Cina DAP dan PKR telah melancarkan kempen Mogok Lapar Anti Lynas yang kemudiannya menjadi bahan lawak orang ramai apabila peserta dan penganjurnya makan senyap-senyap di lobi hotel dan restoran berhampiran.

Ketiga, penglibatan ramai anggota keluarga dan saudara mara terdekat dalam kepimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS dilihat oleh khalayak umum khasnya bagi majoriti orang Cina adalah amalan yang tidak sihat yang boleh memudaratkan negara.

Manakala faktor keempat dan paling besar impaknya ialah ketidaksediaan Cina DAP dan Cina PKR untuk mengiktiraf penglibatan utama PAS dalam menggerakkan HKR #KL112. 

Pada mereka, kepimpinan Ambiga dalam menjayakan Bersih 3.0 dilihat lebih meyakinkan hala tujunya berbanding HKR #KL112 yang diketuai pemimpin kanan PAS, Mat Sabu yang bercampur baur dan kabur matlamat penganjurannya. 

Ini merupakan manifestasi ketidakyakinan orang Cina DAP dan PKR terhadap kemampuan PAS untuk mengetuai dan mengurus tadbir sesuatu program besar atau lebih tepat lagi ia adalah signal dan bukti penolakan terhadap kepimpinan yang diterajui oleh orang Melayu.

Justeru itu, suka atau tidak, pahit atau kelat sekalipun, PAS terpaksa menerima hakikat kedudukannya dalam PR akan kekal sebagai keldai tunggangan selagi ramai orang Cina dalam DAP dan PKR meragui keupayaannya dan menolak kepimpinan orang Melayu dalam menentukan arah tuju PR.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??