Saturday 19 January 2013

UMAT ISLAM WAJIB BACA !!! KENAPA PAS MAHU BIBLE BERBAHASA MELAYU !!!


Kes Bible versi Bahasa Melayu ni sebenarnya telah menjadi satu kes yang tidak berkesudahan.

Kes ni boleh dikategorikan sebagai satu aktiviti atau program Agenda Kristianisasi bawaan pembangkang di Malaysia terutamanya puak DAPigs !!!

Pada Khamis lalu, Persatuan Muka Buku Pulau Pinang telah pun mendedahkan di page (KLIK SINI) tentang aktiviti pengedaran Bible versi Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar Melayu-Islam.

Kegiatan ini dikesan dilakukan dihadapan pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong.

Susulan daripada itu Sekretariat Persatuan Mukabuku Pulau Pinang telah membuat laporan polis di Balai Jelutong.


Intipati isi report oleh ahli Persatuan Mukabuku terhadap usaha Gereja Kristian di bawah sokongan DAP menyebarkan dakyah agama Kristian kepada pelajar Melayu-Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong pada 17 Januari 2013 jam 12.30 tengah hari. 

Ini terang-terang menyalahi larangan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini juga telah menarik perhatian media massa (TV3) untuk membuat liputan.

Pasti ramai yang dah tengok Buletin Utama semalam kan ?!!

Berkaitan Bible yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu ini amat memusykilkan.

Banyak persoalan yang timbul.

Kenapa di dalam Bahasa Melayu sedangkan tiada orang Melayu yang menganut agama Kristian.

Kenapa tidak dicetak kepada Bahasa Mandarin atau Tamil ???

Terlupakah puak pembangkang bahawa majoriti kaum Cina dan India dalam pembangkang khususnya tidak fasih berbahasa Melayu walau dah nak hujung nyawa dan berpuluh tahun menetap di Malaysia ni dari sebelum Merdeka !!!

Kenapa Bahasa Melayu ???

Apakah niat sebenar ???

Bukankah amat jelas bahawa percetakan Bible dalam Bahasa Melayu bertujuan memurtadkan kaum Melayu yang beragama Islam.

Kenapa pula sedari awal PAS terutama Nik Ajis dan pemimpin tertinggi PAS menyokong isu ini ?!!

Apakah Nik Ajis dan pemimpin tertinggi PAS juga berniat untuk murtad ?!!

Kepada semua umat Islam di Malaysia, cuba korang fikirkan semasak-masaknya perkara ini.

Ambillah sedikit masa korang untuk memikirkan hal ini demi menjaga agama Islam yang suci.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??