Saturday 19 January 2013

PATRICK THUMPING MOTHER F**KERS - APA KOMEN HASSAN ALI !!!


Patrick Berubah Akibat Terlibat Dengan DAP?

Presiden JATI, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali hari ini menimbulkan persoalan sama ada tindakan pelakon Patrick Teoh yang didakwa menghina Islam melalui laman Facebooknya baru-baru ini berikutan penglibatannya secara langsung dengan parti DAP sejak kebelakangan ini.

Hasan berkata, persoalan itu timbul kerana sepanjang beliau mengikuti kerjaya Patrick dalam bidang seni, pelakon tersebut dilihat bukan seorang yang bermasalah malah banyak menyumbang kepada kemajuan perfileman Malaysia serta mempunyai peminat dalam kalangan masyarakat Melayu.


“Sepanjang saya mengikuti kerjaya Patrick dalam bidang seni, beliau bukan merupakan seorang yang bermasalah. Dalam banyak hal beliau banyak menyumbang kepada kemajuan dunia seni dan perfileman Melayu.

“Saya cenderung mempercayai perubahan mendadak dari segi pemikiran dan sikap pelakon ini disebabkan penglibatannya dalam dunia politik kerana sejak akhir-akhir ini Patrick dikatakan terlibat secara langsung dalam program politik anjuran parti DAP,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Hasan mendakwa, beliau juga difahamkan sesetengah pemimpin DAP dikatakan memberi sanjungan tinggi terhadap Patrick sehingga beliau dianggap berpotensi besar untuk menjadi ahli politik yang berwibawa.

Katanya, sekiranya perkara itu benar maka tindakan Patrick itu boleh dijadikan contoh bagaimana seseorang yang tidak ada kecenderungan politik dan mempunyai nama boleh menjadi rasis secara tiba-tiba apabila merelakan dirinya dijadikan alat parti politik.

Menurut beliau, parti politik seperti itu sememangnya membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berbakat untuk dijadikan barisan hadapan untuk menyuarakan ideologi parti berkenaan terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Justeru, katanya, beliau berpendapat tindakan tidak bijak Patrick bakal mengudang padah dan mencalar imej baiknya dalam kalangan peminat Melayu sedangkang parti politik terbabit tidak mengambil kira karier dan sumber rezeki pelakon itu.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berwajib tidak memandang ringan isu berkenaan dan perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas Patrick supaya perkara yang boleh menjejaskan perpaduan, keharmonian dan keamanan negara tidak berulang. - mynewshub


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??