Monday 21 January 2013

KEJAYAAN BN SEBAGAI KERAJAAN MALAYSIA MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA CONTOH KEPADA KEMBOJA !!!


Seminar Nusantara

Kepakaran dan bimbingan Malaysia diperlukan untuk membantu membangunkan sistem pendidikan, institusi zakat dan industri halal di Kemboja.

Anggota Parlimen Kemboja Zakaryya Adam berkata Malaysia merupakan negara model terbaik yang boleh dicontohi kerana terbukti berjaya mengembang dan memperkukuhkan sistem ekonomi Islam sehingga diakui di serata dunia.

“Kami harap kerajaan Malaysia termasuk pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi swasta dapat datang membantu dan membimbing kami (Kemboja) dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang baik, sistematik dan cekap,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu beliau membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam di Indochina: Pembangunan Sosioekonomi Muslim Kemboja’ pada Seminar Nusantara: Islam di Asia Tenggara Cabaran dan Harapan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Ahad.

Zakaryya berkata buat masa ini, Kemboja berhasrat memberi tumpuan kepada tiga bidang industri berkenaan dan berharap satu kerjasama erat antara dua negara dapat dicapai dalam masa terdekat. – BERNAMA


2 comments:

  1. Salam Tuan,Mohon Dipautkan link Blog saya (Pro UMNO/BN) Uruk dihalaman blog tuan.

    mediauruk.blogspot.com

    terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... blog tuan telah dipautkan. Sila semak di bahagian Library List Pilihan. TQ

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??