Wednesday 13 February 2013

ANWAR SELESA MEMELUK AGAMA KRISTIAN ?!!



Memahami kemaruknya Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, maka beliau tak habis-habis dikaitkan oleh oleh orang-orang sekelilingnya dengan berbagai gelaran sanjungan, mungkin untuk memujuk hatinya.  

Antaranya, ‘Sivaji the Boss’ dan ‘Anugerah Tuhan’.  

Selain itu, Anwar juga gemar menyamakan dirinya sendiri dengan tokoh-tokoh hebat seperti Mandela, Ghandi, Suu Kyi dan lain-lain.  

Semua ini menggambarkan keinginan yang amat sangat untuk disanjung-sanjung dan dipuja-puja.  

Baru-baru ini, dengan tidak semena-mena, dalam kemaruk Anwar untuk berkuasa, PKR Ranau, Sabah pula telah bertindak membodeknya secara keterlaluan dengan memberikan gelaran ‘Huguan Siou Malaysia’.  

Sedangkan Huguan Siou adalah gelaran tertinggi bagi masyarakat Kadazandusun sahaja.  

Gelaran Huguan Siou telah diberikan kepada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan ianya bersifat seumur hidup.  

Gelaran Huguan Siou hanya boleh dianugerahkan oleh Persatuan Kebudayaan Kadazanduzun Sabah iaitu sebuah pertubuhan bukan politik yang merangkumi 40 etnik di Sabah.  

Gelaran ini adalah satu anugerah khas tertinggi bagi kaum Kadazandusun dan tertakluk di bawah Kuasa Tertinggi Koisaan di mana sekiranya terdapat kekosongan bagi kedudukan tersebut, maka Sidang Delegasi Luarbiasa akan diadakan untuk membincangkannya.  

Namun, dalam keadaan di mana tiada yang dirasakan layak untuk memegang gelaran tersebut maka ia akan dibiarkan kosong sehinggalah pertubuhan ini menemui seorang yang layak.  

Begitulah tingginya kedudukan Huguan Siou bagi kaum Kadazandusun di mana ia melangkaui anugerah kehormat biasa kerana ia bersifat ‘suci’ atau dalam darjat yang paling tinggi dan tersendiri mengatasi anugerah-anugerah kehormat yang lain.  

Dengan itu, adalah merupakan sesuatu yang janggal, pelik, malah penghinaan terhadap kaum Kadazandusun sekiranya mana-mana pihak dengan sengaja mengada-adakan gelaran ‘Huguan Siou Malaysia’.  

Maka tidak hairanlah apabila Anwar menerima kritikan, kutukan dan kecaman hebat dari kaum Kadazandusun apabila gelaran tersebut diberikan kepadanya oleh puak-puak PKR Ranau.  

Seperti yang kita tahu, kaum Kadazandusun, majoritinya beragama Kristian, bermazhab Katholik dengan segelintirnya Protestan.  

Hanya sedikit yang beragama Islam.  

Oleh itu, sekiranya benar yang gelaran Huguan Siou Malaysia tersebut diberi kepada Anwar dengan restu kaum Kadazandusun sepertimana yang ditegaskan oleh pihak Anwar, maka sudah tentu ia membawa makna yang lebih dari sekadar sokongan kepada parti PKR.  

Kita sedia maklum akan sokongan Anwar terhadap usaha-usaha penyebaran Kristian, termasuk pemurtadan umat Islam oleh pendakwah Kristian.  

Ini terbukti apabila Anwar menyokong penggunaan nama Allah dalam kitab Injil dan Anwar juga, melalui Khalid Ibrahim dan Khalid Samad telah menyokong gereja yang memurtadkan umat Islam.  

Malah, Anwar juga telah berkali-kali dikesan menyatakan secara jelas akan pegangannya terhadap pluralisme agama.  

Ini dilakukannya dalam ucapan-ucapannya di luar negara dengan menyamakan semua agama sebagai sama.  

Lebih dari itu, dengan mengikat kerjasama dengan DAP yang memperjuangkan penghapusan klausa ‘Islam sebagai agama rasmi negara’, maka seharusnya pendirian Anwar mengenai agama sudah tidak perlu dipersoalkan lagi.  

Justeru, kita tidak terkejut jika benar pihak Kadazandusun sendiri yang merestui gelaran Huguan Siou ke atas Anwar.  

Pihak ini tentunya yang akan mendapat banyak faedah dari kedudukan tertinggi Anwar di dalam puak mereka dan seterusnya di dalam negara.  

Bukan kita tidak tahu bahawa golongan Kristian di Malaysia ini gemar melakukan sesuatu yang bertentangan dengan amalan dan pendirian Kristian di negara majoriti Kristian sendiri.  

Antaranya, mereka gemar menyebar dakwah melalui tipu muslihat dan manipulasi seperti injil dalam Bahasa Melayu dan penggunaan nama Allah sebagai mengganti nama Tuhan Kristian.  

Sedangkan tindakan ini ditentang oleh Kristian di negara lain.  

Selain itu, Kristian di Malaysia juga mengambil sikap terbuka terhadap LGBT sedangkan Kristian di negara lain mengutuknya.  

Kerana itu, ada yang merujuk kepada mereka sebagai Kristian yang bermazhab Malaysia.  

Ada semacam kecenderungan bagi para penganut Kristian mazhab Malaysia, terutamanya penyokong DAP, untuk meletakkan diri mereka lebih tinggi dari segala-galanya.  

Kerana itu, kita merasakan bahawa tidak mustahil puak Kristian ini telah meletakkan kepentingan kaum, budaya, adat dan kepercayaan Kadazandusun sebagai lebih rendah dari kepentingan ‘Kristian mazhab Malaysia’ itu sendiri.  

Hanya dengan alasan ini sahajalah maka mereka akan sanggup merendahkan atau menghina gelaran Huguan Siou itu dengan memberikannya kepada Anwar Ibrahim yang langsung tidak menepati syarat-syarat gelaran tersebut.  

Jika ini benar, maka wajarkah umat Islam penyokong Anwar untuk turut meraikan gelaran Huguan Siou yang diterima Anwar ???


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??