Tuesday, 5 February 2013

BINI KE-2 MEROYAN LAKI KAHWIN 3 - DULU KAU RAMPAS TAK INGAT !!! HUKUM KARMA !!!



“Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).

"Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini."

Demikian pengakuan Mastura Othman, 47, yang mengemukakan permohonan cerai ke atas Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60, di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.

Mastura, isteri kedua Zakaria, ketika ditemui wartawan sebaik keluar dari kamar mahkamah selepas kesnya disebut berkata, beliau sebelum ini sudah bercerai dua kali, dan kedua-duanya difahamkan tidak didaftarkan dan permohonan cerai tersebut adalah kali ketiga bagi pasangan terbabit, yang berkahwin lebih 20 tahun lalu.

Mastura, yang hadir ke mahkamah berbaju kurung oren berkata, kali pertama beliau bercerai dengan suaminya ialah pada 27 April 2012, dan kali kedua pada 18 Ogos 2012, iaitu beberapa hari selepas Aidilfitri.




Beliau menjelaskan, permohonan cerai kali ketiga itu dilakukan atas kerelaannya sendiri kerana beliau amat kecewa dengan perbuatan suaminya yang didakwa menyiarkan kisah hubungannya dengan isteri terbaru dalam sebuah majalah hiburan keluaran Disember lalu.

Menyentuh soal kedudukan suaminya dalam politik apatah lagi menjelang pilihan raya umum yang mungkin agak terjejas ekoran tindakannya itu, Mastura berkata, beliau tidak mahu memikirkan masalah itu kerana apa yang lebih penting baginya sekarang ialah hala tuju diri dan anak-anaknya.

“Itu terpulang kepada dia. Dia yang mencipta segala masalah. Ia (atas) kerelaan hati sendiri. Kita pun dah tua, anak dah besar, baik fikir diri sendiri.

“Dia minta saya buat selepas pilihan raya, tapi saya rasa tak perlu tunggu, lalu saya buat laporan pada 23 Januari. Hari ini apabila kesnya disebut, dia tidak hadir,” katanya.

Menyentuh mengenai perkahwinan ketiga suaminya, difahamkan dengan kakak salah seorang penyanyi tersohor, Mastura mendakwa, beliau mendapat tahu suaminya berkahwin seorang lagi pada Jun lalu setelah menemui gambar wanita berkenaan dalam telefon bimbit suaminya.

Mastura, yang mempunyai tiga anak berusia antara 10 dan 21, hasil perkongsian dengan suaminya yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Dungun berkata, Zakaria mengaku wanita itu isteri terbarunya.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, Shamsudin Ngah, menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kesnya. - Sinar

Oklah tu dia kahwin betul-betul, daripada Mat Sabun yang zina bini orang lepas tu janji nak kahwin tak juga kahwinnya.

Baik lagi kahwin dari buat maksiat atau zina bini orang macam pemimpin pembangkang tu !!!

Ala-ala kes ADUN Selinsing dan Nuar Berahi tu lagi haram jadah.

Bini kawan pun ditenggek.

Orang bina masjid pun ada yang nak kecoh... Appadaaaa...!!!

Bukan dia dihebahkan dalam media kena tangkap khalwat atau zina bini orang.

Yang pelik pula tu, bini pertama rilek je, ni bini kedua pula yang tak boleh terima.

Masa bini kedua jadi bini, tak fikir ke apa rasa bini pertama ???

Itulah, masa rampas laki orang tak nak beringat, rasalah sekarang, ini namanya HUKUM KARMA.

Kepada Yb, eloklah ceraikan bini kedua tu. 

Dayus seorang suami bila isteri dah sampai 3 kali desak minta cerai tapi tak cerai juga.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??