Wednesday, 6 February 2013

DOSA ATAS DOA SESAT NIK AJIZ TELAH ALLAH MAKBULKAN !!!

Foto ehsan : PaperWaris / PaperWaris Blog

Hari ini, kecoh tentang satu berita dari Pantai Timur, iaitu di Terengganu tentang markas PAS yang terbakar.


Kebarakaran yang dimaksudkan adalah Maahad Darul Quran Rusila, Terengganu.

Asrama ini menempatkan hampir 1000 orang pelajar Maahad Darul Quran Rusila, Terengganu.

Sebuah bangunan kayu 2 tingkat musnah sepenuhnya didalam kebakaran ini manakala 2 buah lagi berjaya di selamatkan. 

Kesan dari kebakaran ini, 80 orang pelajar tinggal sehelai sepinggang. 

Maahad ini dikatakan adalah kepunyaan Hadi Awang. 

Kebakaran dikatakan berlaku ketika perarakan Maulidur Rasul anjuran UMNO negeri sedang melintas kawasan tersebut dan tiba-tiba satu letupan kuat kedengaran yang dikatakan sebagai markas PAS di Rusila. 

Masihkah ada yang ingat peristiwa 4 Oktober 2010 ???


Pada tarikh itu, IbuPejabat PAS pusat di Jalan Raja Laut mengalami kebakaran teruk dari tingkat 1 sampai ke tingkat bawah.

Bangunan yang dengan kos sebanyak RM8 juta itu hangus dijilat api.

Bangunan IbuPejabat PAS itu mula diduduki pada tahun 2007.

Bangunan itu secara asasnya dibeli pada harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh 'merger bank' iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.

Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya.

Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta kos keseluruhan mencecah RM8 juta.

RM8 Juta duit penyokong PAS hangus begitu sahaja.


Cuba kita imbas kembali sebelum kejadian kebakaran di IbuPejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Nik Ajiz bagi rasuah kepada pengundi orang asli ketika PRK Galas pada November 2010.


Masa tu juga, Nik Ajiz buat gila lagi, cipta doa pecah perut untuk Perdana Menteri.

Hasil doa pecah perut berkenaan, beberapa minggu selepas PRK Galas, HQ PAS pula yang terbakar.

BALA DAH SAMPAI !!!

Itupun Tok Gundu tua nak mampos ni masih lagi tidak insaf !!!


Sekarang ini pula, kecoh pasal isu Bible dalam Bahasa Melayu, isu Kalimah ALLAH untuk digunakan penganut Kristian, isu Nasharudin yang dipecat tanpa peluang bela diri, isu tanah Kelantan yang terbongkar, isu ADUN dan MP PAS yang menenggek bini orang, ADUN PAS zina dengan tukang urut SPA, dan macam-macam lagi.

Tidak cukup dengan itu pula, siap mendirikan solat berjemaah, berimam pula tu, mencipta doa baru yang kononnya grand dan nampak western.

Doa "K.O. BN".

Dengarnya, si tukang doa ni "K.O." tak lama lepas mendoakan "K.O. BN". (BACA SINI)

Bandingkan sekarang dengan peristiwa kebakaran di IbuPejabat PAS Pusat tu.

Macam mana pula terbakar ???

Tidakkah terdetik dalam kotak pemikiran penganut-penganut PAS ini bahawa ini bala yang Allah turunkan demi untuk menyedarkan umatnya yang makin leka mempolitikkan agama dan makin jauh sesatnya ???

Dalam kedua-dua kebakaran tersebut, mujurlah tiada kemalangan jiwa.

Bermakna, Allah tu masih sayang dan nak bagi mereka yang dah sesat ini sedar dan insaf !!!

Yang pelik, masih lagi ada yang 'totok' tak mau nak sedar !!!

Setiap doa keburukan yang datangnya dari PAS telah pun Allah 'makbulkan' dengan membalikkan doa berkenaan makan tuannya.

Kenapa jadi begitu ???

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

Tepuk dada... tanya iman...


1 comment:

  1. Betul kah penganut kristian mahu kalimah Allah ada dalam bible mereka ? Saya rasa tak ada sorang pun penganut kristian mahu berkongsi tuhan dengan penganut islam. Tanya lah penganut kristian adakah Allah itu tuhan mereka, mereka pasti akan jawab Jesus adalah tuhan kami (Jesus is our God).

    Jika Hadi Awang dan Nik Aziz ini cerdik dan beraqal panjang, bila Lim Guan Eng mahu kalimah Allah ada dalam bible, sepatutnya mereka berdua kena rujuk dan bertanya kepada pemimpin2 ugama kristian sama ada yang bertaraf Pope atau Father di negara2 yang agama resminya adalah kristian, " is your God, is Allah whom we muslim worshiped ". Ini pandai2 saja mereka berdua buat keputusan membenarkan Allah untuk agama kristian. Pada hal tak ada pun permintaan daripada pihak kristian, yang minta hanya Lim Guan Eng sorang saja. Apa Lim Guan Eng itu Chief Pope yang menjadi pemimpin teragong agama kristian satu dunia kah ???

    Siapa Hadi Awang dan Nik Aziz dalam kristian. Bertaraf Pope kah atau bertaraf Father kah nak pandai2 pula kata tuhan kristian adalah Allah. Bukan kah ini satu cubaan untuk mencampuri urusan dalam agama kristian ?

    Itu pun nasib baik kerana belum ada lagi Pope atau Father yang bertanya soalan, " who are these two jockers of the century to force us to worship Allah as our God ". Saya memang harap akan ada Pope atau Father yang berani tampil dengan komen seperti ini. Setidak2nya dapat menyedarkan mereka berdua, " siapa mereka dengan agama kristian ".

    Nampak sangat bahawa Hadi Awang dan Nik Aziz ni tak ada sorang pun di kalangan Pope atau Father yang menjadi kenalan mereka. Betapa sempitnya dunia mereka. Betapa sempitnya net working mereka. Nampak sangat mereka hanya bergaul dikalangan dunia mereka sahaja. Adakah orang seperti ini kalian rasa sesuai menjadi pemimpin negara kita untuk menjalinkan net working dengan negara di seluruh dunia yang berbagai agama ?

    Bukan orang yang pro Umno(BN) saja yang tak yakin dengan orang seperti mereka berdua untuk menjadi pemimpin negara, malah cuba lah bertanya soalan yang serupa kepada Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Sing ... anda boleh agak apa jawapan mereka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??