Saturday 9 February 2013

KEDAH KEARAH MUFLIS BERSAMA AZIZAN SERBA "DON'T KNOW" !!!



15 Januari lalu, Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman mengumumkan dalam satu sesi Taklimat Perpindahan ke Kampus Kuala Ketil yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, bahawa staf dan pelajar KUIN dari kampus Mergong, Stargate dan Sungai Petani akan mula dipindahkan  ke kampus tetap KUIN Kuala Ketil secara berperingkat.   

Bagaimanapun, ia hanya melibatkan Kulliyyah Muamalat, Hospitaliti & Perkhidmatan Halal dan Multimedia & Kreativiti.   

Beliau turut menyatakan bahawa KUIN kini dalam usaha menyediakan asrama pasang siap yang dapat menempatkan sekurang-kurangnya 1600 pelajar. 

Daripada kenyataan berikut, tampak seolah-olah KUIN tidak mengalami sebarang masalah.   

Sedangkan, hakikatnya, KUIN sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan pentadbiran yang meruncing.  

Pada 31 Oktober 2012, KUIN telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd.  

Syarikat tersebut bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kediaman dan pengangkutan kepada 300 pelajar Insaniah di cawangan Insaniah Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.  

Walaubagaimanapun, KUIN telah gagal memenuhi terma perjanjian dengan sempurna sehingga menyebabkan syarikat tersebut kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang dan lain-lain kos berkaitan.  

Oleh itu, pada Mac 2012, Pengarah Urusan Shake Cuisine telah membuat tuntutan di mahkamah terhadap KUIN untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief yang semuanya membawa kepada jumlah RM1.599 juta.    

Dengan masalah yang sebegini besar, kita hairan bagaimana Rektor KUIN dan kerajaan negeri masih boleh bertenang dan bersikap seolah-olah tiada apa-apa berlaku.   

Masalah KUIN bukannya kecil, dan telah pun didedahkan secara besar-besaran, termasuk tunjuk perasaan oleh kakitangan KUIN sendiri.  

Masalah kewangan yang disebutkan di atas hanyalah ‘lanjutan’ dari masalah pentadbiran yang amat parah berikutan amalan kronisme dan korupsi terang-terangan di kalangan pemimpin atasan.  

Kronisme berlaku dalam bentuk rangkaian di mana kroni tersebut juga turut melakukan nepotisme dengan melantik rakan dan ahli keluarga termasuk isteri dan abang serta menantu, kakak dan lain-lain lagi yang tidak punya kelayakan, pengalaman, pengetahuan malah masalah pendengaran juga, yang mana menyebabkan pentadbiran tidak dapat dijalankan dengan baik dan  kelam kabut.  

Semua masalah ini telah dilaporkan secara bertulis, antaranya, Rektor tidak hadir tanpa cuti sakit melebihi 75 hari tetapi tidak dikenakan tindakan atau potongan gaji sepertimana yang tertakluk dalam kontrak.  

Rektor juga menubuhkan syarikat Insaniah Holdings kononnya untuk menjana pendapatan bagi mengelak dari terlalu bergantung kepada kerajaan negeri tetapi Rektor kemudiannya melantik kroninya sebagai pegawai-pegawai syarikat ini dengan memberi gaji yang terlalu tinggi iaitu RM4,000 – RM35,000 tidak termasuk kemudahan-kemudahan serta elaun lain sedangkan skop kerja dan prestasi yang ditunjukkan adalah tidak setimpal.  

Lebih dahsyat, ada di antara kroni yang dilantik pernah disabitkan kesalahan jenayah kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang membawa akibat penjara 12 bulan, diberi tugas untuk mengurus kewangan.  

Selain itu, terdapat juga kroni yang terlibat dalam pecah amanah dalam mengendalikan wang yuran kursus perbankkan Islam di Thailand dan juga Kedutaan Nigeria.   

Beliau juga turut diberikan tanggungjawab dalam bidang kewangan.  

Insaniah Holdings tidak pernah menjana kewangan jauh sekali meraih keuntungan tetapi kakitangannya telah menerima bonus dari peruntukan kerajaan negeri.  

Masalah pentadbiran ini membawa kepada masalah kewangan yang bertimpa-timpa dan berlarutan serta berganda.  

Semakin lama mereka-mereka yang kotor dan korup ini dibiarkan menerajui KUIN, semakin parahlah kedudukan kewangan KUIN.  

Pendek kata, sesiapa sahaja pasti akan terduduk terkejut jika meneliti setiap masalah yang sedang dihadapi oleh KUIN seperti yang dilaporkan secara bertulis oleh kakitangan KUIN kepada Menteri Besar Kedah di dalam surat yang didedahkan oleh beberapa blogger Kedah, di mana surat tersebut mempunyai bukti penerimaan dari Pejabat Menteri Besar pada 12 Jun 2012. 

Namun, yang menghairankan, Menteri Besar Kedah serta keseluruhan pentadbiran negeri Kedah, telah bertindak memekakkan telinga dan memejamkan mata.   

Tidak cukup dengan masalah di dalam KUIN sendiri, perlantikan kontraktor untuk kampus baru juga dilakukan secara tidak telus dan pembinaannya juga terdapat unsur-unsur penipuan atau manipulasi di mana pelan asal yang mempunyai asrama, cafeteria dan dewan kuliah ‘bertukar’ menjadi dewan kuliah dan taman perumahan, iaitu Taman Insaniah untuk disewa oleh para pelajar.  

Kafeteria dan asrama, telah ditiadakan tanpa alasan munasabah. 

Masalah KUIN sahaja sudah cukup untuk menjejaskan kewangan Kedah, dan ini belum lagi termasuk masalah-masalah lain di dalam anak syarikat kerajaan negeri yang membabitkan jutaan ringgit yang dibazirkan atau lesap begitu saja.  

Oleh itu, kita dapat memahami kenapakah kerajaan negeri langsung tidak menunjukkan prihatin terhadap apa jua yang didedahkan ???

Apakah benar Menteri Besar Kedah begitu pekak dan buta ???  

Apakah benar keseluruhan pentadbiran Kedah begitu bodoh dan bebal ???  

Atau apakah mereka sebenarnya sedar dan sengaja membiarkan semua masalah ini berlarutan ???  

Mungkinkah mereka sudah puas memegang jawatan ???  

Atau, mungkinkah mereka sememangnya berniat untuk mengaut sebanyak yang mungkin melalui kroni mereka sebelum melepaskan semula Kedah kepada Barisan Nasional dalam PRU kali ini ???    

Nampaknya, slogan Kedah Sejahtera sebenarnya hanyalah untuk kroni-kroni pemimpin PAS Kedah sahaja.  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??