Sunday 10 February 2013

RAHSIA RONNIE LIU PECAH SUDAH !!! MAMPOS !!!



Nampaknya doa hancur BN dan Umno yang dibuat oleh Pas kini terkena batang hidung sendiri. 

Seolah-olah Allah tidak makbulkan doa Pas yang ingin melihat kehancuran sesama Islam. 

Dan kini bukannya BN yang akan hancur, pakatan pembangkang yang semakin hari semakin terserlah tembelang dan helah jahatnya. 

Kebobrokkan pakatan pembangkang tidak mampu dibendung lagi. 

Terbaru pengakuan terbuka bekas Pegawai Khas Ronnie.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada berkhidmat dengan wakil rakyat DAP itu kerana hilang kepercayaan ke atas bekas majikannya itu.

Jafrei Nordin, 41, mendakwa bekas majikannya mempunyai pandangan keterlaluan terhadap beberapa pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

"Semasa saya dilantik menjadi pegawai khasnya pada 2008, saya meletakkan kepercayaan penuh kepada beliau dan telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menaja program anjurannya.

"Semua itu dilakukan secara ikhlas untuk menyokongnya tetapi kini saya telah hilang keyakinan setelah melihat wajah sebenar Adun Pandamaran itu" katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng. 

Jafrei turut menunjukkan sekeping surat pengesahan pelantikkannya sebagai Pegawai Khas kepada Ronnie bagi membuktikan beliau pernah bertugas dengan Exco Selangor itu.

Mengakui mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Ronnie ketika itu, Jafrei yang mula berjinak-jinak dengan Dap apabila menjadi aktivis parti itu sejak 2005 berkata, selepas setahun berkhidmat beliau mula mengesan sikap keterlaluan Ronnie walaupun seringkali mendakwa Dap bukan parti perkauman.

Jafrei turut mendakwa Ronnie pernah membuat beberapa dakwaan serius berkaitan keadaan fizikal Menteri Besar Selangor dan isu moral Anwar Ibrahim serta Azmin Ali.

Sikap Ronnie yang berdiam diri apabila tidak menjawab tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa juga telah menjadi faktor dia meletakkan jawatan. 

"Sehingga kini saya masih dihujani pelbagai panggilan telefon daripada penduduk setempat yang mengadu tentang masalah yang masih tidak selesai walaupun sudah hampir lima tahun mereka memerintah Selangor". 

Lagi... Baca KAT SINI...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??