Monday, 4 March 2013

KENYATAAN LOKMAN NOOR ADAM BUAT ANWAR GELISAH !!!


PR Gagal Kaitkan Lokman Adam

Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. 


Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia.  

Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. 

Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007.  

Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau.  

Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. 

Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu.

Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??