Friday 1 March 2013

LAHAD DATU - 10 SERAH DIRI YANG LAIN DIBURU !!! KEMBALI AMAN ?!!


lahad datu2

Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA-Manila) berkata 2 pegawai polis Malaysia terbunuh dan seorang cedera selepas ditembak oleh pengikut Datu Raja Muda Agbimuddin di Sabah, Malaysia.


“Pihak berkuasa Malaysia, khususnya polis Malaysia, kini memburu kumpulan itu. Dua orang terbunuh dan 1 cedera dari polis Malaysia selepas kenderaan mereka telah ditembak oleh sekumpulan penceroboh.

Duta itu berkata kemelut di Lahad Datu Telah berakhir,” jurucakap DFA, Raul Hernandez berkata dalam satu kenyataan.

Hernandez berkata DFA masih mengesahkan laporan dari kumpulan Sultan Jamalul Kiram III 10 pengikut Raja Muda terbunuh manakala 4 yang lain cedera dalam insiden tembak-menembak di Lahad Datu.

“Maklumat yang kita perolehi daripada duta Malaysia ialah 10 orang daripada penceroboh telah menyerah diri dan pemilik rumah di mana mereka tinggal telah terbunuh. Dari pihak berkuasa Malaysia, 2 terbunuh dan 1 cedera selepas kenderaan polis Malaysia telah dibedil oleh kumpulan penceroboh”, katanya.

Dua lelaki dari kumpulan penceroboh juga melarikan diri ke arah laut, menurut duta Malaysia. 

Hernandez berkata mereka tidak mempunyai maklumat jika penceroboh yang melarikan diri itu mampu untuk terlepas dari buruan pihak berkuasa Malaysia.

Beliau berkata Setiausaha Hal Ehwal Luar Albert del Rosario meminta Duta Besar Malaysia ke Filipina untuk taklimat penuh operasi yang dijalankan oleh pasukan Malaysia di Lahad Datu.

Beliau berkata del Rosario mengemukakan nota ‘verbale’ kepada duta, meminta akses penuh kepada kumpulan Raja Muda supaya kerajaan Filipina boleh memberi rawatan perubatan kepada mereka yang cedera dan menyediakan bantuan konsular kepada seluruh kumpulan penceroboh yang telah menyerah diri itu.

“Setiausaha del Rosario juga meminta kebenaran bagi kapal Tentera Laut Filipina AT-296 BRP Tagbanua untuk menuju ke Lahad Datu bagi membolehkan kakitangan perubatan Filipina di luar negara untuk merawat mereka yang tercedera dan membawa mereka dan baki anggota kumpulan itu kembali ke Filipina,” katanya.

Lagi BACA SINI...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??