Tuesday 5 March 2013

LAHAD DATU - PDRM DAN ATM KERJASAMA ERAT HAPUS MUSUH DURJANA !!!

Tentera Hantar Lagi Tujuh Batalion, Perkukuhkan Kerjasama Dengan PDRM Di Sabah

TENGAH HARI tadi (semalam) Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein  tiba dengan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat Lahad Datu.


Mereka tiba pada 12.15 tengah hari dengan menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan terus ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am bagi mendengar taklimat keselamatan pencerobohan Kampung Tanduo.

Yang pasti, melalui akaun twitternya, Ahmad Zahid memberitahu sebanyak tujuh batalion tentera telah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di negeri itu.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, lima batalion telah dihantar ke Lahad Datu manakala dua lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.

“Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya.

“ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau,” kata beliau dalam laman Twitternya.


LAHAD DATU AIRPORT.

Perkembangan terbaru ini dikatakan isyarat jelas yang tentera bersama-sama membantu polis bagi menumpaskan tentera penceroboh ini.

Sebenarnya kalau diikuti perkembangan kes ini dari awal lagi, hubungan yang terjalin cukup baik.

Bahkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd. Zain boleh dikatakan sentiasa berada di sana bersama rakan sejawatnya dari PDRM, Tan Sri Ismail Omar.

Malah dari awal lagi juga, ATM telah mewujudkan Markas Angkatan Bersama di seluruh pulau-pulau di negeri Sabah.

Jadi tindakan ATM bersama-sama PDRM menamatkan masalah pencerobohan ini adalah tepat dan tiba masanya bagi memberi isyarat kepada tentera penceroboh bahawa tentera tidak membiarkan PDRM berseorangan menangani insiden berkenaan.

Apatah lagi bila dua kawasan iaitu Tanjung Labian dan Tanjung Batu yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu telah diisytiharkan sebagai zon merah oleh pihak berkuasa keselamatan selepas lelaki bersenjata dilihat berada berdekatan perkampungan itu.

Untuk rekod, kedudukan kedua-dua perkampungan itu adalah berhampiran di antara satu sama lain.

Kampung itu juga terletak antara 5 kilometer (km) dan 6 km dari Kampung Tanduo di mana kumpulan penceroboh bersenjata sedang dikepung.

Semoga gabungan penglibatan polis dan tentera, akan mampu menyelesaikan insiden yang menimbulkan keresahan rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya itu.

Selamat berjuang!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??